Thursday 2 May 2013

CALON BN DUN SIJANGKANG DIFITNAH SKANDAL DENGAN KANAK-KANAK 12 TAHUN

 Zurihan dakwa terima SMS fitnah kaitkan beliau dengan budak 12 tahun
Zurihan menunjukkan salinan laporan polis berhubung penyebaran SMS fitnah yang diterimanya.

TELOK PANGLIMA GARANG - Calon Barisan Nasional (BN) Dun Sijangkang, Zurihan Yusop kesal apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur fitnah kononnya beliau mempunyai skandal dengan seorang budak berumur 12 tahun.

Zurihan berkata, beliau yang menerima SMS itu sehari sebelum hari penamaan calon menyifatkan ia sengaja direka untuk mencalarkan kredibilitinya sebagai calon BN.

Menurutnya, tuduhan itu sangat tidak berasas, sekali gus menafikan dakwaan pengirim SMS tersebut.

“Sebagai manusia normal dan punya akal yang waras, mustahil saya akan memperjudikan gelaran seorang guru dengan perbuatan tidak bermaruah apatah lagi kononnya pasangan skandal saya adalah seorang kanak-kanak darjah enam.

“Saya gesa pihak yang bertanggungjawab tampil menunjukkan bukti kukuh atas tuduhan yang disebarkan melalui SMS ini,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Telok Panglima Garang, semalam.

Zurihan berkata, beliau dimaklumkan beberapa rakannya turut menerima SMS sama daripada pemilik nombor yang sama.

Sehubungan itu juga, beliau meminta calon atau parti lawan secara terbuka menafikan jika ia bukan dilakukan jentera parti mereka.

Dalam pada itu, beliau turut membuat laporan kedua berhubung dakwaan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengenai dakwat kekal yang boleh hilang setelah dicalit di jari seorang anggota tentera.

Zurihan berkata, kenyataan dalam twitternya perlu disiasat kerana boleh mendatangkan keraguan dan keadaan tidak tenang kepada pengundi.


*** Puak2 pakatan haramjadah sebenarnya sangat takut dan gerun dengan kewibawaan dan karisma calon yang bertanding.... sebab tu lah sanggup menyebarkan fitnah...!!

No comments: