Tuesday 4 November 2014

KENAPA ANWAR TIDAK BUAT SENDIRI UJIAN DNA DI LUAR NEGARA UNTUK MENAFIKAN BUKTI MELIWAT ???


PUTRAJAYA 4 Nov - Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjalankan analisis DNA sendiri di negara lain dan menggunakannya untuk menafikan bukti mahkamah yang beliau meliwat bekas pembantunya, kata pihak pendakwaan dalam rayuan ahli politik itu terhadap sabitan kes liwatnya hari ini.
Ketua pembangkang itu boleh melakukan ujian itu berbanding hanya mendakwa berlaku pemalsuan dan mencemar bahan bukti, kata pendakwa raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan Anwar.

Anwar boleh membuat ujian itu di Australia atau Eropah, kata Shafee, untuk menyangkal beliau adalah “Lelaki Y”.

Lelaki Y merujuk kepada sampel DNA yang ditemui dalam rectum pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang padan dengan profil DNA diambil daripada beberapa barang didakwa digunakan Anwar ketika bermalam dalam lokap polis.

Anwar enggan membenarkan sampelnya diambil oleh doktor kerajaan pada malam beliau ditahan untuk siasatan tuduhan meliwat, pada 2008. Peguamnya berkata, barangan dari lokap itu diambil secara tidak sah untuk mendapatkan DNA Anwar.

Kes pendakwaan berasaskan kepada Anwar memang meliwat Saiful berdasarkan kepada padanan antara Lelaki Y dan DNA Anwar.

Pihak pembelaan juga berkeras mengatakan sampel DNA Saiful yang digunakan dalam perbicaraan itu rosak dan tercemar kerana tidak dikendalikan dengan betul.

Shafee hari ini berkata, ahli kimia kerajaan yang memprofil DNA Saiful tidak pernah menafikan berlaku penurunan. Beliau malah mengaku beberapa bentuk penurunan berlaku sejak sampel itu diambil daripada Saiful, kira-kira 54 hingga 56 jam selepas tuduhan meliwat.

Ahli Kimia Dr Seah Lay Hong tidak pernah mendakwa sampel DNA itu “suci”, seperti dikatakan oleh pasukan pembelaan, dan beliau berkata “bacaannya sempurna”, hujah Shafee.

“Bacaannya 16 pointer. Semua 16 point kepada Anwar,” kata Shafee, membaca daripada kenyataan Dr Seah. Nombor itu merujuk kepada markah dalam profil DNA yang mengenal pasti sampel itu milik kepada seseorang.

“Selagi sampel boleh dibaca, itulah. Tidak perlu ujian untuk melihat darjah kemerosotan,” kata Shafee.

Protein DNA juga diketahui sebaagai lebih kuat berbanding protein lain mengikut kepada keadaan persekitaran,” katanya.

UPDATE :

Pendakwa raya selesai memberikan hujah dalam rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
 
Berikutan itu, prosiding kes berkenaan ditangguhkan Khamis ini selepas barisan pembelaan meminta masa untuk menyiapkan hujahan balas.

No comments: