Tuesday 4 November 2014

IBU TUNGGAL KOMA DISERANG MAT REMPIT CELAKA


Tindakan tidak berhati perut empat penjenayah menyerang seorang janda hingga menyebabkan mangsa cedera parah akibat kepalanya terhempas di atas jalan.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam semalam, mangsa, Cheong Chooi Mee, 46, dikatakan menunggang motosikal berseorangan sebelum diserang empat suspek di Taman Semenyih Indah di sini.

Mangsa dipercayai hilang kawalan dan terjatuh selepas motosikal ditunggang dipercayai ditendang penjenayah terbabit.

Mangsa yang mempunyai tiga anak perempuan kini masih belum sedarkan diri dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat pendarahan di bahagian otak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Abdul Ghani Muhamad Ji berkata, kejadian turut disaksikan seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.

No comments: