SEHINGGA semalam, dilaporkan bahawa kehilangan seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, adik Ahmad Rafikin Azman, 16, selepas mengambil bahagian dalam perlumbaan maraton di Sekayu, Kuala Berang pada Sabtu, 1 November 2014, masih belum ditemui. Lihat berita kehilangan DI SINI
Laman terengganutimes memaklumkan bahawa operasi SAR masih giat dijalankan di lokasi berkenaan :
Lokasi : Hutan Lipur Sekayu, Laluan Gunung Gajah Terom
1.30 a.m. : sekumpulan dari pasukan kesalamatan seramai 25 orang yang baru sahaja tiba dari MISI SAR yang mana telah melakukan pencarian 1000 meter dari kawasan target mangsa kali terakhir dilihat.
3.30 a.m : Satu kumpulan yang diketua oleh Tentera Rejimen 18 Dari Kem Seberang Takir Dan Bomba tiba dari MISI SAR dan skop pencarian dalam 4 kilometer persegi ke barat.
6.00 a.m : Anggota BOMBA,JPAM dan Tentera Rejimen 18 bersedia memulakan misi SAR dan diberikan sedikit taklimat ringkas bagi memulakan misi pencarian di sebelah aliran sungai dan curam di sekitar kawasn target.
2.00 p.m : YB Ghazali Taib Exco Pendidikan dan Pelajaran Negeri menziarahi keluarga Rafiqin dan mendengar taklimat dari Pegawai yang bertanggungjawab(BOMBA) tentang operasi SAR yang dijalankan
4.00 p.m : Mantan Menteri Kabinet Malaysia Dato’ Khalid Yunus juga berkesempatan menyertai misi SAR bersama krewnya bagi mencari adik Rafiqin.
5.00 pm : Dato’ Jailani Johari Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu melawat keluarga mangsa dan mendengar Taklimat operasi SAR.
5.30 p.m. : Orang ramai dari Kampung Sekayu juga turut memberi sumbangan tenaga bagi menjayakan misi SAR dan orang paling lama mendiami kampong tersebut yang mahu dikenli sebagai Pak Teh (Ismail Jusoh) merupakan Iman Masjid Sekayu serta beberapa orang lagi Naik Gunung Gajah Terom petang ini bersama sukarelawan yang lain. Pok Teh adalah orang pertama yang membuat jalan @ trek puluhan tahun dahulu yang sekarang ini digunakan oleh peserta marathon.
6.00 p.m : 6 sahabat sukarelawan yang diketui saudara Syeikh memulakan perjalanan yang kedua petang ini dan bermalam di dalam hutan Gunung Gajah Terom untuk misi SAR dikatakan semalam ada sahutan sebanyak 3 kali apabila kumpulan ini memnggil nama Ahmad Rafiqin di kawasan terakhir beliau kelihatan (Kawasan Gua Rimau).
6.30 p.m : Bapa kepada mangsa (Azman) telah dibawa turun oleh satu kumpulan misi SAR yang naik pada sebelah pagi tadi.
Askar Batallion 8, naik seramai 30 orang bagi meneruskan misi SAR dan dijangka bermalam didalam hutan serta memperluaskan skop pencarian pada malam ini.
8.30 p.m. : Satu kumpulan sukarelawan lagi seramai 8 orang turut memasuki hutan malam ini untuk membantu anggota keselamatan yang ada didalam Hutan gunung Gajah Terom pada malam ini dan rekod yang dicatatkan seramai 42 orang yang akan bermalam dikawasan pencarian.
10.00 p.m : Ahli keluarga mangsa meneruskan dengan SOLAT Hajat dan Bacaan Yassin serta berdoa kepada Ahmad Rafiqin serta semua yang menyertai misi SAR ini. Semoga memperolehi yang terbaik pada malam ini.
Terdapat beberapa ayat dan surah yang anda boleh amalkan. Jadikannya sebagai amalan harian dan istiqamah dengan apa yang dibaca :
Surah al-Fatihah – Ummul Kitab. Juga dikenali sebagai penawar seribu guna. Anda boleh melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Tetapkan juga niat agar Allah S.W.T membantu anda melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan.
Al-Mu’awwizat – tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah 3 Qul. Ia terdiri daripada Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam. Kelebihan surah-surah ini adalah sebagai ayat-ayat pendinding dari gangguan jin dan syaitan sehingga anda bangun dari tidur.
Ayat Kursi – amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar.
Surah Yaasin ayat 1 hingga 9 – sering dikaitkan sebagai hati al-Quran malah banyak hadis dari Rasulullah yang membicarakan kelebihan yang ada pada surah Yaasin ini. Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman. - sumber
PERKONGSIAN : Info kawasan - Gunung Gajah Terom terletak di hutan lipur Sekayu, Hulu Trg. Bhagian Barat gunung adalah kawasan Hutan Simpan Tasik Kenyir dan Selatan gunung pula kawasan hutan Belukar Bukit. Bahagian Timur merupakan kawsan perkampungan dan dusun/ ladang sawit. Kawasan hutan lipur tersebut mempunyai banyak anak sungai / denai.
No comments:
Post a Comment