Tuesday, November 19, 2013

MISTERI KAPAL TERBANG HILANG DI UDARA, TIBA-TIBA MENDARAT SELEPAS 35 TAHUN


Kejadian misteri yang berlaku pada tarikh 4 September 1945 silam, ada sebuah pesawat yang menghilang di atas langit Atlantik telah menggemparkan seluruh dunia. Anehnya, setelah 35 tahun kemudian, tepatnya pada 12 Oktober 1980, pesawat ini mendarat di Porto Alegre, Brazil tanpa pemberitahuan terhadap menara kawalan Lapangan Terbang.

Paling misteri apabila pintu pesawat di buka , sejumlah orang tercengang melihat para penumpang pesawat tersebut yang berjumlah 92 orang itu nampak kurus kering.


Menurut penyelidikan, pesawat ini merupakan pesawat Sandiego yang hilang dan telah kembali semula.




Menurut sumber , pesawat ini telah berputar-putar melewati ruang 4 dimensi dan tersesat di black hole selama 35 tahun, sebelum akhirnya kembali mendarat.

MMI sendiri pun tak pasti sama ada ianya benar-benar berlaku atau tidak.Namun dari carian di Google jelas ianya pernah menjadi antara topik panas di bincangkan oleh media-media di dunia.

Dari segi logik sudah tentu kapal terbang terbabit akan kehabisan minyaknya , kedua sudah pasti penumpang dan krew pesawat akan mati. Paling misteri dalam keadaan penumpang dan krew pesawat yang berkeadaan demikian siapa agaknya yang memandu pesawat terbabit sehingga mendarat ?? sumber MMI