Sunday, 26 October 2014

PRESIDEN PMUM CABAR UM 'PECATLAH SAYA KALAU BERANI' ???!!!


Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol seolah-olah mencabar pentadbiran Universiti Malaya apabila menyatakan bahawa rela dipecat dan dipenjarakan kerana berdegil untuk meneruskan Program yang bertajuk "40 tahun dari UM ke Penjara" yang telah diumumkan haram oleh Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Profesor Datuk Dr Rohana Yusof, kerana akan "merosakkan imej" universiti. 


Sedikit info mengenai pelajar berusia 23 tahun ini adalah beliau merupakan pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang kini berada di tahun akhir Pentadbiran dan Keadilan Sosial. Berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang, anak ketiga dari enam adik-beradik dan ibu-bapanya tidak mampu membayar yuran tuisyennya jika Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)  tidak meneruskan biasiswa pelajaran baginya. 

Macam inikah sikap belia yang bercita-cita mahu menjadi pemimpin ???