Sunday, 26 October 2014

BIAR BETUL NI..... BUDAK PEREMPUAN 11 TAHUN DITELAN ULAR SAWA DI KAMPUNG TUALANG, PERAK.... ??????

Ular Sawa Telan Budak Perempuan 11 Tahun Di Perak

ADMIN mendapat berita dan gambar yang mengejutkan menerusi aplikasi WhatsApp yang di post oleh rakan-rakan media sosial. Dikhabarkan bahawa seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun telah dipercayai dibaham seekor ular sawa di kampung Tualang, Perak .  Sehingga berita ini ditulis,  masih belum dapat disahkan kesahihan berita ini.....  Berita ini juga dikatakan telah menjadi viral di facebook.  BENARKAH...???





UPDATE (27/10/2014) :

Hari ini lebih memeranjatkan apabila dikatakan bahawa berita sebenarnya bukan budak perempuan yang menjadi mangsa ular sawa tersebut tetapi adalah seorang lelaki dewasa. Mangsa berjaya diselamatkan dan telah dihantar ke hospital tetapi ular itu tidak berjaya di tangkap.


TETAPI kemudiannya galary whatsqpp admin diasak pulak dengan gambar2 berikut :



Namun begitu.... oleh sebab pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia telah dikatakan terlibat dalam operasi kes ular ini... mari kita lihat apa komen mereka di laman rasmi bagi pihak Bomba Dan Penyelamat Malaysia selepas diajukan pertanyaan oleh seorang rakan blogger untuk mengetahui kesahihan berita yang menggemparkan itu....


Ternyata berita BUDAK PEREMPUAN 11 TAHUN MAUT DITELAN ULAR SAWA adalah berita palsu dan gambar ular kekenyangan di dalam paya selepas menelan budak itu adalah fake semata-mata, sekadar untuk menyedapkan cerita sahaja !!!


Walau bagaimanapun... gambar ular tu seolah-olah seperti yang pernah tersiar di tajuk berikut : klik di sini

FINAL UPDATE  (28/10/2014) :


IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menafikan penyebaran berita di media sosial mengenai kejadian kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa ditelan ular sawa di Perak.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Perak, Mohd Fadli Nik Abu berkata, berita tersebut palsu kerana pusat gerakan operasi JBPM Perak tidak mendapat sebarang panggilan berhubung kes tersebut.

Menurutnya, mengikut maklumat diterima daripada Pegawai Perhubungan Awam JBPM Sabah, kes tersebut berlaku di Tuaran namun cerita sebenarnya adalah berbeza.

“Tiada kes orang ditelan ular sawa berlaku di Perak. Bagaimanapun, di Tuaran, Sabah terdapat kes seorang lelaki yang mereka cerita palsu, dia hampir ditelan ular.

“Ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian, tiada ular ditemui sebaliknya mereka hanya menemui lima ekor ikan patin yang dipercayai dicuri lelaki terbabit.

“Sebenarnya, lelaki terbabit dikejar orang kampung akibat perlakuannya dan dia bertindak memanjat pokok untuk mengelakkan dirinya ditangkap," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, lelaki terbabit cuba mengalihkan perhatian daripada kesalahan dilakukannya dengan menjerit meminta tolong di tepi jalan dan mengatakan dia hampir ditelan ular.

Katanya, anggota bomba hanya membantu menurunkannya dari pokok. - SinarHarian

SEKIAN.... HARAP MAKLUM. TERIMA KASIH.



Post a Comment