Sunday 26 October 2014

UM NAFI BENARKAN PDRM AMBIL ALIH KESELAMATAN KAMPUS ESOK

Pihak Polis Diraja Malaysia akan mengambil alih keselamatan universiti pada 27 Oktober dan semua pintu pagar university akan ditutup mulai jam 4 petang kecuali pintu pagar utama. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Oktober, 2014.

Universiti Malaya (UM) sebentar tadi menafikan laporan awal oleh TheMalaysianInsider.com bahawa mereka akan membenarkan Polis Di Raja Malaysia mengawal kampus.


“Tiada ada perkara bahawa polis akan mengambil alih. UM mempunyai sekuriti sendiri, kenapa kami perlu pihak polis masuk ke sini?” kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Datuk Rohana Yusof kepada portal Malaysiakini.com

Beliau juga menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang ancaman untuk mengambil tindakan displin terhadap pelajar yang terlibat dalam majlis itu.

“Tidak ada notis. UM tidak pernah memberi kebenaran pada aktiviti ini, jadi kami tidak jangka majlis tersebut akan berlaku,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Terdahulu wakil majlis perwakilan pelajar Timbalan Setiausaha Leong Yu Sheng mengeluarkan kenyataan media yang mendakwa pihak universiti akan menutup kawasan kampus bagi menghentikan acara pada malam esok.

Sementara itu, sumber memaklumkan kepada MYKMU, PDRM telah diarahkan bersiap sedia untuk mengawal kawasan di luar kampus UM esok bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini jika UM menutup pintu masuk mereka petang esok. - mykmu

Laporan awal themalaysianinsider sebelum ini menyatakan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil alih keselamatan kampus Universiti Malaya (UM) ‎bagi menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk menyampaikan pidato esok, kata Prof Datuk Dr Rohana Yusof. 

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) itu dalam surat pekeliling kepada semua pelajar UM berkata, pihaknya mendapat amaran daripada pihak PDRM yang pidato anjuran Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) itu adalah perhimpunan haram yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan.

“Kesemua pintu pagar universiti (kecuali pintu pagar utama) juga akan ditutup pada 27 Oktober 2014 bermula jam 4 petang bagi memastikan tiada kenderaan luar memasuki kawasan kampus.
“Pihak polis akan mula mengawal kawasan kampus bermula jam 7 pagi.

“Pihak PDRM akan mengambil alih keselamatan universiti sepanjang tarikh 27 Oktober,” katanya.
Rohana berkata, pelajar juga tidak dibenarkan berada di Dataran Tunku Canselor (DTC) atau kawasan sekitar bermula jam 4 petang. – 26 Oktober, 2014.