|
PERAK menamatkan penantian selama 22 tahun untuk merangkul pingat emas acara hoki lelaki selepas menumpaskan Negeri Sembilan 6-0 pada final di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini hari ini.
Perak ternyata sukar ditandingi apabila berjaya merampas pingat emas yang kali terakhir dimenangi pada edisi 1992 di Johor.
Pada perlawanan yang turut disaksikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Perak berada dalam kelas tersendiri untuk mendahului 3-0 pada babak pertama.
"Kemenangan pingat emas yang dinanti-nantikan ini kami dedikasikan kepada Almarhum Sultan Azlan Shah, yang banyak berusaha membangunkan sukan hoki di Perak," kata jurulatih Mohd Nizam Mohd Hashim.
Perak membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi jaringan padang oleh Muhammad Haziq Samsul diikuti pukulan sudut penalti oleh Muhammad Akmal Md Tajuddin pada minit ke-12 dan menjaringkan gol perbadi keduanya pada minit ke-46.
Gol lain pula disumbangkan oleh Mohammad Zulhamizan (34'), Mohd Ashran Hamsani (58') dan gol terakhir oleh Syed Mohamad Syafiq menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-63.
Dalam perlawanan penentuan pingat gangsa, Terengganu mengalahkan Pulau Pinang 4-2.
Dalam acara wanita, Wilayah Persekutuan mengalahkan Johor 3-0 pada perlawanan final untuk merangkul emas manakala Melaka mengalahkan Terengganu 2-1 untuk pingat gangsa. - Bernama
No comments:
Post a Comment