Thursday, 12 April 2012

KEBIADAPAN AZMIN ALI, SITI MARIAH DAN CINA TIAN CHUA DI ISTIADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG KE 14

Tulisan Dr Rahman Kadir

11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.

Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung.

Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan.

Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana.

Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing.

Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya.

Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.

Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.

Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.

Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.



Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.

Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.

Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.

Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.

Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.

Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.

Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.

Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.

Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.

Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.

Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.

Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.

baca lagi di ANWARAIDC.COM


28 comments:

Anonymous said...

macam tu nak jadi pemimpin negara ?....banggakah wahai puak2 pembangkang ?

Anonymous said...

mcm budak2..beruk pun ade..

Anonymous said...

Memang babi dia orang tu

Anonymous said...

memalukan....

Anonymous said...

YDP Agong adalah tonggak kerajaan beraja... sejajar dgn Prinsip Rukunegara ke 2... kebiadaban mereka menunjukkan mereka tidak menghormati Rukunegara tersebut dan tidak mustahil jika mereka memerintah, MEREKA AKAN MENGHAPUSKAN INSTITUSI RAJA!! Celako....celako....celako!!!

KERAMAT BULUH BETONG said...

Tu belum masuk si kuda kayu Nizar boneka DAP Perak yang memang haprak mohon sembah derhaka!!!

Anonymous said...

ini kah contoh wakil rkyat? anak aku yg sekolah tdika pun boleh pikir. Dorg ni x spatutnya dijemput lagi di masa akan dtg...itupun klu masih jd MP lg laa..

Anonymous said...

dah nampak sekarang ni raja dan sultan pun pihak pembangkang tidak hormat,kalau ditakdirkan pembangkang memerintah kemungkinan raja-raja akan dihalau dari istana...

Anonymous said...

Memang kurang ajar.......

Anonymous said...

Kalau kuah nak tumpah kemana..?? nasi juga lah. Dah ketua pun perangai mcm syaitan dan biadap begitulah pengikutnya. Bakal PM Rimba...

Anonymous said...

Yang melayu tu pun jd mcm bangsat, otak dh masuk virus babi ke?

Anonymous said...

ni pun salah umno jgk ke?

Anonymous said...

Melayu, tapi biadab kat raja

baik buang negeri/negara je

ataupun, kalau ikut zaman dulu - sula je terus

Anonymous said...

owg kLaw dh taksub....semua y buruk jd suci....
bk lah mt rakyat msia!!

Anonymous said...

biadap...inikah ciri2 pemimpin Islam? Sesiapa yg sokong mereka ini, fikirlah masak2..apakah perjuangan mereka? dan adakah ini pemimpin yg anda suka?

Anonymous said...

Kes bapa borek anak rintik. Memang sudah diasuh supaya kurang ajar dan akan terus mengasuh pengikut turut kurang ajar.

Anonymous said...

ini mmg slh ameno! kata pkr.. =p

Anonymous said...

F**k PKR..

Anonymous said...

Ha..ha..ha.. senario sama je...2 x 5 = 5 x 2. Ha..ha..

Anonymous said...

raja diorang x hormat neh kan rakyat....tapi xpa rakyat malaysia mudah kena tipu....

Anonymous said...

Cina tu aku tak heran mmg dasar mereka biadap, tak tau hukum agama. Melayu songsang tu yg hulubalang tu ptt rejam je lembing tuh sbb klau bkn krn mereka ni cina tuh xberani pun nak ketawakan para sultan...

Anonymous said...

bagi bukti lah kalo tulis mcm ni semua orang boleh buat......ingatlah fitnah tu lebih bahaya dari membunuh

Nur Nina. said...

tak tahu sama ada segala penjelasan saudara tuan doktor muda ni btl atau tidak. andai betul well done and andai salah sendiri mau ingat la...itu dlm kubur nanti cerita ok beb.

Anonymous said...

kalau raja-raja melayu yang merupakan ketua agama dan ketua org melayu di negeri masing2 pon dia org tak hormat agak2 mereka nak hormat ker hak2 org melayu...jangan jadi melayu bangsat yang menyokong membuta tuli..pemimpim pas bukan maksum...toksah dok hormat sangat kalau dh bangang macam tue..keadilan pulak jadi lembu...menyikut jer...

Anonymous said...

wahai penyokong2 tegar umno/bn sedarkah anda, siapakah yg bertanggungjawab menghapuskan kuasa RAJA2 di Malaysia ini di suatu masa dulu. memang betui la kata tun M hangpa tu yang 'Melayu mudah lupa'. awat sekarang ni dok beria2 sgt marah bila org tak hormat pada raja2 Melayu? awatnyaaaaaa. masa tgh sombong mombong, bongkak mongkak Raja2 pon kalau bole depa nak sepak kuaq dari M'sia ni. aku ingat lg masa tu, org umno kata. kalau kita letak budak bodoh piang, atau kayu sekali pun umno/bn boleh menang pilihan raya. itu masa tgh bongkak la tu.... pikiaq la norrrrr.....

Anonymous said...

mmg bodoh dan berakal sebab tak memahami protokol menghadiri majlis rasmi...tu belum memerintah lagi..kalau memerintah..aku rasa laaa... lagi teruk keBIADAPan mereka ini.....

Anonymous said...

tapi tak sebiadap menghina sultan melayu....!!! hangpa nie dah jadi boneka DAP dan Anwar pelanggan china doll...!! menggongg...

Anti Peliwat dan Penjilat Peliwat said...

Bukan menghapuskan tapi menghadkan...ade beza tuh baghal!

Sebelum UMNO menghadkan kuasa sultan dan raja, mereka kebal dan ade imuniti dari SEGALA UNDANG-UNDANG NEGARA! Kalau die pegi kedai ko x nak bayar, ko takleh buat ape, kalau die rogol anak bini ko pun ko takleh buat ape...kekebalan 100% secara total!

Tun Dr Mahathir dan UMNO melihat gelagat para sultan, raja serta kerabat mereka dan memikirkan bahawa sesuatu perlu dilakukan...Akhirnya Parlimen meminda Perlembagaan dan kekebalan mereka DIHADKAN (BUKAN DIHAPUSKAN) iaitu mereka ade kekebalan dan imuniti selagi mana tindak-tanduk mereka berlandaskan undang-undang dan tanggungjawab mereka sebagai ketua negeri dan negara!

UMNO/BN tak pernah sesekali menghina sultan dan raja-raja seperti yang dilakukan monyet Aszmin dan Tian Chua dalam artikel nie! UMNO/BN melakukannya demi rakyat agar rakyat tak ditindas dan jadi mangsa sepertimana di zaman feudal dahulu.

Jika seorg sultan dalam kapasiti dia sebagai ketua negara/negeri beliau membuat keputusan demi kepentingan umum seperti contoh Raja Azlan Shah ketika krisis politik di Perak die tak boleh dikenakan tindakan undang-undang atas kekebalan beliau dan beliau berhak buat keputusan menentukan siapa kerajaan baru negeri Perak berdasarkan majoriti di dalam DUN.

Tetapi, jika seorang raja, makan di kedai kemudian tak mahu bayar dan blah macam tuh ajer, die boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana die lakukan perkara tersebut bukan dalam kapasiti sebagai Sultan/Raja...nak test senang ajer, adakah seorang sultan/raja dilantik supaya die boleh makan free lepas tuh tak nak bayar? Kalau jawapan die tidak, die bole dikenakan tindakan undang2.

Harap pencacai2 yang IQ melebihi 100 bole faham :)