Tuesday, 3 June 2014

KERAJAAN HAPUS SUBSIDI PETROL UNTUK KENDERAAN MELEBIHI 2000cc DAN YANG BERPENDAPATAN RM5K KE ATAS MULAI 1 SEPTEMBER ??!!!


Bukan saja kereta yang 2000cc keatas tak dapat subsidi petrol Ron95 selepas 1 September, tapi individu yang berpendapatan RM5000 keatas juga dikatakan akan menerima nasib yang sama..

Lepas tu, pembelian minyak petrol hanya boleh dibuat melalui kad pembelian minyak yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan ianya hanya dihadkan kuota sebanyak 300 liter.

Aku terbaca berita di dalam MPP Online yang memperolehi info melalui Sinchew Daily dan juga MalaysiaGazzete. Kalau betul kerajaan akan buat macam ni.., nampaknya makin ramai lah rakyat yang marah pada kerajaan..???

Rasanya.., individu yang berpendapatan RM5000 tak lah sekaya mana pun sekarang ni kalau nak dibandingkan dengan keadaan 10 - 15 tahun lepas.. Tolak segala bagai pemotongan dan juga perbelanjaan.., berapa sangat yang tinggal beb..?

Dan berapa ramai rakyat Malaysia yang pakai kereta 2000cc keatas walaupun pendapatan dorang bukannya RM5000..? Dan kalau gaji tak sampai RM5000 tapi pakai kereta 2000cc.., macam mana pulak nak kira tu beb?

Semua ni poyo je sebenarnya! Kalau betul nak jaga subsidi minyak yang diberikan oleh kerajaan, patutnya pihak KPNKK kena jaga betul-betul sempadan negara dari dibolosi oleh penyeludup minyak.

Itu lagi berkesan sebab banyak je warga asing yang selalu keluar masuk sempadan semata-mata untuk isi minyak Malaysia atau seludup balik ke negara dorang..

Lagi satu.., boleh jamin ke kad pembelian minyak tu takkan jadi mangsa klon atau disalah guna oleh puak-puak yang tak bertanggung jawab? Semua ni kena fikir elok2 beb sebelum kerajaan buat apa2 dasar..

Jangan nanti dasar yang dibuat akan memburukkan lagi imej kerajaan memerintah walaupun niat sebenarnya baik.. Tapi diburukkan oleh pembuat dasar yang agak bangang!


Hanya mereka yang mempunyai pendapatan kurang RM5,000 dan membawa kenderaan kurang daripada 2,000 cc layak menikmati pembelian bahan api bersubsidi secara sepenuhnya.

Di bawah pendekatan baharu yang akan dilaksanakan mulai September ini, pemilik kenderaan yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 pula diperuntukkan kuota petrol RON95 dan diesel bersubsidi sebanyak 300 liter.

Sebaik menghabiskan kuota 300 liter, pemilik kenderaan berkenaan tiada pilihan melainkan membeli bahan api mengikut harga pasaran.

Bagi mereka yang mempunyai pendapatan RM10,000 ke atas pula, mereka dijangka tidak akan dibenarkan membeli petrol atau diesel menggunakan harga subsidi.

Sinchew Daily yang memetik sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melaporkan, pemilik kenderaan di bawah 2,000 cc juga dijangka dapat membeli bahan api bersubsidi.

Di bawah sistem baharu tersebut, semua warga asing dan kereta asing tidak dibenarkan membeli bahan api bersubsidi.

Akhbar tersebut turut melaporkan, kerajaan sedang mengkaji sama ada mahu memasukkan fungsi pembelian minyak ke dalam MyKad atau mengeluarkan kad baharu untuk membolehkan pembelian bahan api bersubsidi dilakukan.

"Pemilik kenderaan tidak kira individu atau syarikat mungkin perlu menyerahkan maklumat peribadi seperti laporan cukai supaya kad pembelian minyak boleh dikeluarkan.

"Kad ini menunjukkan nama pemilik kenderaan, alamat dan kuota minyak subsidi yang dibenarkan.

"Ketika mengisi minyak, pemilik kenderaan perlu mengimbas kad terlebih dahulu untuk membeli minyak pada harga subsidi," demikian lapor akhbar tersebut.

Menurut sumber, penggunaan kad minyak yang khusus akan memudahkan kerajaan menjejak den merekodkan kadar penggunaan bahan api oleh pemilik kenderaan.

Sumber itu bagaimanapun berkata, memandangkan pendekatan baharu hanya dilaksanakan pada September, maka kerajaan belum membuat keputusan muktamad dan mungkin membuat perubahan selari dengan cadangan pihak berkepentingan.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan akan memperkenalkan satu sistem baharu penjualan diesel dan petrol bersubsidi kepada pemilik kenderaan yang layak secara berperingkat mulai 1 September ini ~ MalaysiaGazette

1 comment:

SolitaireHunter said...

Ini memang haprak. Pegawai kerajaan yang tembolok penuh dengan rasuah dari atas sampai kebawah sehingga penyelewengan petrol diesel tak dapat di bendung... Sekarang rakyat pulak yang kena menanggung! bala bala bala!