Tuesday, 17 June 2014

PIALA DUNIA FIFA 2014 : GERMANY BELASAH PORTUGAL - KUMPULAN G



SALVADOR (BRAZIL) : Thomas Muller cipta jaringan hatrik pertama Piala Dunia 2014 apabila membantu Jerman membenam Portugal 4-0 dalam saingan Kumpulan G di Arena Fonte Nova awal pagi ini.


Foto

Pertembungan antara dua gergasi bola sepak Eropah yang dinantikan peminat itu gagal menyajikan saingan bermutu apabila Portugal seakan kurang bersedia untuk memberi cabaran kepada pasukan Jerman.

Hantaran bola kurang kemas selain jentera serangan tumpul Portugal memudahkan tugas Jerman menguasai permainan.

Gol pertama Jerman dijaringkan pada minit ke 12 apabila Muller menyempurnakan sepakan penalti selepas Mario Gotze dijatuhkan oleh Joao Pereira.

Pertahanan, Mats Hummel kemudian menggandakan kelebihan Jerman apabila menanduk masuk pada minit ke 32.

Keadaan bertambah buruk buat Portugal apabila pertahanan, Pepe dilayangkan kad marah kerana insiden pergaduhan dengan Muller pada minit ke 37. 

Muller kemudian menjaringkan gol kedua pada akhir masa pertama berpunca daripada kesilapan pertahanan Bruno Alves sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke 78 apabila Rui Patricio menampan hantaran Schurrle tepat ke kakinya. 


Kesebelasan utama pasukan masing-masing :

JERMAN: Manuel Neuer; Jerome Boateng, Per Mertesacker, Mats Hummels, Benedikt Hoewedes, Sami Khedira, Philipp Lahm, Toni Kroos, Thomas Mueller, Mesut Ozil, Mario Goetze. 

PORTUGAL: Rui Patricio; Joao Pereira, Bruno Alves, Pepe, Miguel Veloso, Fabio Coentrao, Raul Meireles, Joao Moutinho, Nani, Hugo Almeida, Cristiano Ronaldo. 

PENGADIL: Milorad Mazic (SRB)

No comments: