Foto di atas hanyalah 1 daripada 5 muka surat butiran tanah milik bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hasil carian ke atas Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu mendedahkan Nik Aziz Nik Mat dan isteri telah memiliki 27 bidang tanah sekitar bandar Kota Bharu dengan jumlah keluasan lebih kurang 4 ekar setiap satu.
Tiada siapa menyangka bahawa Mursyidul Am Pas ini sebenarnya memiliki sebanyak 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 hektar) di kawasan bernilai tinggi di Bandar Baru Tunjong di sini, dianggarkan bernilai lebih RM4 juta.
Nilai tanah tersebut dikatakan boleh mencecah lebih RM10 juta sekiranya tanah berstatus tanah pertanian itu ditukar kepada komersial, mengambil kira pelbagai projek pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan itu.
Selain Nik Abdul Aziz Nik Mat, isteri beliau, Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah di sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit, termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang telah dipajakkan selama 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak.
Kesemua tanah di atas nama Nik Abdul Aziz telah didaftarkan selepas tahun 1990, iaitu ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar Kelantan. Zuhudkah aku? 14 tanah yang didaftarkan atas nama Nik Abdul Aziz Nik Mat disertakan di bawah:
Tiada siapa menyangka bahawa Mursyidul Am Pas ini sebenarnya memiliki sebanyak 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 hektar) di kawasan bernilai tinggi di Bandar Baru Tunjong di sini, dianggarkan bernilai lebih RM4 juta.
Nilai tanah tersebut dikatakan boleh mencecah lebih RM10 juta sekiranya tanah berstatus tanah pertanian itu ditukar kepada komersial, mengambil kira pelbagai projek pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan itu.
Selain Nik Abdul Aziz Nik Mat, isteri beliau, Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah di sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit, termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang telah dipajakkan selama 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak.
Kesemua tanah di atas nama Nik Abdul Aziz telah didaftarkan selepas tahun 1990, iaitu ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar Kelantan. Zuhudkah aku? 14 tanah yang didaftarkan atas nama Nik Abdul Aziz Nik Mat disertakan di bawah:
9 comments:
oh tuk guruku yang zuhud
laaaaa...pencacai2 pas dok canang nik aziz ni zoohood...zuhud apekebenda simpan harta juta2..aduhai..
http://m.facebook.com/note.php?note_id=475582599165427
Ada tanah 4 ekar atau 1.7 hektar bernilai rm10 juta di kota baru? Biar betul beb, rasa aku ini nilai tanah kat manhatan new york...
Ejen Umno ni sibok la nak mengungkit. Tok Guru cuma ada 27 bidang tanah je. Itu pun nanti akan difaraidkan ke nik abduh dan amalina la. Apa laa korang ni..
Cabut pioh weh bla demo dedoh!!!!!!
agen2 umeno yg bodo n x ngaji skoloh.. reti tengok geran ke x?.. total tu dalam 3-4 ekar biasala.. beli pada tahun 1997-2002.. harga hartanah akan meningkat tapi time beli murah .. as for info harga 0.5 ekar tanah pada tahun 1997-2000 dlm 7-10 ribu jek..
Isu Tanah RM10 juta : Bunga Raya Layu Sebelum Kembang
Saya membaca lontaran fitnah daripada calon Bebas di Parlimen Pasir Mas yang bertanding menggunakan logo Bunga Raya, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa kononnya Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki tanah bernilai RM10 juta di Bandar Baru Tunjong. Ia disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini 30 April 2013.
Saya kira Ibrahim Ali tidak lebih nilainya daripada sekuntum bunga raya yang sedang layu sebelum berkembang. Ia sudah buruk di tangkai dan menunggu jatuh untuk dipijak-pijak sebelum dilupakan daripada kamus politik rakyat Malaysia. Dalam misi untuk menjatuhkan lawan di Pasir Mas yang merupakan anakanda kepada Menteri Besar Kelantan, Ibrahim Ali menggunakan strategi kotor yang semenangnya sudah sinonim dengan perjuangan politiknya semenjak zaman muda lagi. Generasi lama pastinya tidak lupa insiden demonstrasi di Kota Bharu pada akhir tahun 70-an yang melibatkan peristiwa bakar tayar yang mengakibatkan berlakunya peristiwa Mageran di Kelantan. Siapa lagi dalangnya jika bukan calon Bunga Raya ini?
Dalam isu pemilikan tanah yang dihebohkan ini, perlu dinyatakan kesemua 14 lot tanah tersebut adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang mana ia dibeli oleh PMBK secara terus daripada orang perseorangan antara tahun 2006 sehingga tahun 2007. Kesemua tanah tersebut berada di dalam kawasan Tanah Rezab Melayu dan di atas pegangan hakmilik selama-lamanya (perpetuity).
Di dalam definisi ‘Melayu’ sebagai syarat untuk memiliki tanah Rezab Melayu di Kelantan, institute PMBK tidak ditakrifkan sebagai Melayu. Inilah yang termaktub di bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu Kelantan 1930 dan Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938.
Dalam situasi pemilik asal tanah ingin mendapatkan segera bayaran daripada pembeli yang terdiri daripada pelbagai badan korporat, PMBK mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses pindah milik bagi memudahkan sebarang usaha memajukan tanah dapat dilaksanakan segera. Justeru pada tahun 2007, PMBK membuat keputusan agar Menteri Besar Kelantan selaku Pengerusi PMBK dinamakan sebagai Pemegang Amanah bagi kesemua 14 lot tanah tersebut bagi pihak PMBK.
Bagi mengesahkan keputusan tersebut satu Surat Ikatan Amanah (Deed Trust) bertarikh 5 November 2007 telah dimeterai antara PMBK dan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Surat ini mensyaratkan bahawa YAB Tuan Guru selaku Pemegang Amanah wajib melepaskan pegangan tanah tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh PMBK. Ia berkuatkuasa sehingga ke saat ini.
Berasaskan kepada fakta0fakta ini, YAB Tuan Guru bukanlah pemegang pemilik sebenar bagi 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 ekar) sebagaimana yang didakwa oleh calon Bunga Raya. Beliau hanyalah pemegang amanah bagi pihak PMBK. Bila-bila masa hak pemilikan ke atas tanah tersebut boleh dituntut oleh PMBK.
Dengan penjelasan ini, saya kira kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh calon Bunga Raya tersebut dapat dijernihkan. Seeloknya saya nasihatkan calon Bunga Raya agar dapat mencari strategi yang lebih bersih dan jernih untuk menang. Janganlah pula kerana maruah jatuh di mata Tun Mahathir kerana hanya berjaya mengerah 200 orang sahaja dua hari lepas, beliau meracau bagaikan hantu raya mencari mangsa sehingga terlupa telur yang ditelan ialah telur buaya bukannya telur ayam.
Sekian.
jawapan klise je untuk menghalalkan perbuatan manusia 'paling mulia dibumi' ini. siapa-siapa sahaja boleh mewasiatkan harta mereka pada siapa yang dikehendaki. biar gempa bumi sekalipun nama yang tertera dalam geran mempunyai hak mutlak keatas tanah tersebut... takde masalah pun sekiranya nik aziz memiliki tanah2 tersebut kerana dia memang mampu beli. nilai tanah dengan harga belian 2 perkara berbeza ye...mungkin masa beli dulu harganya murah. so...buat apa nak nafi2 ni... kenapa PMBK taknak daftar atas nama bumiputra? takleh ke? bab ni saya tak tau la..tapi syarikat2 lain bole plak daftar atas Bmputra. adakah bangunan milik PMBK atau pejabat kerajaan negeri yang lain atas nama individu juga? ingat ye..."hak milik tidak boleh disangkal" bawak la naik turun mahkamah ke...nama siapa yang tertulis itulah pemiliknya.
Post a Comment