KLANG - Mahkamah meluluskan permohonan, Nur Liyana Abdul Manan, 29, untuk menarik balik kes fasakh yang difailkan pada 1 Oktober 2013 terhadap suaminya, Romie Razin Adilha Abd Jais, 34.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Zainal Abidin Kusmin selepas plaintif yang diwakili peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman membuat permohonan tersebut.
"Kes ini ditutup dan dianggap selesai,"katanya.
Sebelum itu, Kamar Ainiah membuat permohonan tersebut setelah proses rundingan antara kedua-dua pihak gagal.
"Ia adalah berikutan bapa defendan yang baru meninggal dunia tiga minggu lalu.
"Notis penarikan balik kes fasakh akan diserahkan di kaunter hari ini,"katanya.
Menurutnya, pihaknya akan mengemukakan permohonan baharu iaitu perceraian secara talak mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
"Saya telah berbincang dengan peguam defendan, Rubiah Jaafar dan pihaknya bersetuju terhadap perkara ini,"katanya.
Nur Liyana dan suaminya, Romie Razin Adilha yang juga kekasih pelakon Hanez Suraya hadir ke mahkamah secara berasingan. - Sinar Harian

No comments:
Post a Comment