Tuesday 17 June 2014

FUZIAH 'TORON' DAN SURENDRAN DI HALAU KELUAR DEWAN RAKYAT


KUALA LUMPUR 17 Jun - Ahli Parlimen Kuantan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh dihalau Dewan Rakyat di Parlimen pada hari ini ekoran mempertikai kewajaran Parlimen untuk menolak petisyen bantahan terhadap projek Lynas.

Manakala, Ahli Parlimen Padang Serai daripada PKR, N. Surendran dihalau daripada Dewan Rakyat berikutan mencabar krelibiliti Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.




Pada satu sidang media selepas itu Surendran tidak mengenalpasti tindakan speaker berbuat demikian terhadapnya.

"Saya tidak tahu mengapa speaker menghalau saya, saya hanya mempersoalkan cara beliau kemudian mendengar kawasan saya dipanggil," katanya.

Sebelum ini, Pandikar Amin mengarahkan Naib Presiden PKR itu keluar dari Dewan selepas berdegil dengan arahan supaya duduk dan menunggu sesi soal jawab selesai untuk mengemukakan sebarang petisyen.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan Mesyuarat jika tindakannya membangkitkan usul petisyen rayuan kes kematian dalam tahanan di Dewan Rakyat, semalam mempunyai 'kepentingan' yang tidak dimaklumkan.

No comments: