Tiga pelajar perempuan yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini sepatutnya memanfaatkan cuti hujung minggu mengulang kaji pelajaran, namun memilih untuk bermandi buih di sebuah premis di Lorong Yap Kwan Seng, di sini, awal pagi semalam.
Bagaimanapun, kelekaan tiga pelajar terbabit menari ghairah di dalam sebuah kolam disediakan penganjur membawa padah apabila mereka antara 47 yang ditahan dalam serbuan mengejut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi, JAWI yang menerima maklumat awam mengenai parti dinamakan Pesta Buih Artis Malaysia menyerbu premis yang dihadiri pelajar sekolah, pasangan gay dan kekasih dan beberapa individu dipercayai selebriti beragama Islam.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JAWI Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, ketika serbuan, mereka asyik berpesta dan menari sambil mandi buih dengan berpakaian menjolok mata.
Menurutnya, hasil pemeriksaan 38 lelaki dan sembilan wanita berusia 17 hingga 30 tahun ditahan.
“Serbuan dengan kerjasama polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut menahan dua pemilik premis berkenaan yang bersubahat menggalakkan maksiat bagi membantu siasatan
“Kami terlebih dulu membuat risikan selama 13 jam sebelum serbuan dijalankan dan mendapati premis terbabit dikunjungi ramai pengunjung beragama Islam,” katanya

No comments:
Post a Comment