Dua suspek kes pembunuhan 3 beradik di Alor Setar, Kedah diberkas polis, 45 hari selepas mereka dibunuh. Klik di sini. Juga di sini dan di sini.
Mangsa, Norsyafikah Nadia Rusdi, Puteri Nurul Akma, 12 dan Nur Izzati Husna, 3 tahun dipercayai dibawa ke rumah kosong di Kampung Gelam. Suspek kemudian cuba merogol Norsyafikah namun gagal. Gadis berusia 14 tahun itu dan 2 adiknya kemudian dipercayai dibawa ke kawasan sawah padi di Alor Senibong dan sekali lagi dia cuba dirogol, dia cuba melarikan diri. Berikutan itu, Norsyafikah dibunuh manakala adiknya menyaksikan kejadian itu ditolak ke sungai dan dibiarkan mati lemas.
Suspek, penganggur dikatakan kenalan Norsyafikah dan individu terakhir ditemui oleh mangsa sebelum mayat mangsa ditemui.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Nashir Ya berkata, 2 suspek berusia 19 tahun terbabit direman di antara 16 dan 22 Januari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tahniah kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia kerana berusaha gigih untuk menyelesaikan kes ini.
SUMBER
SUMBER
No comments:
Post a Comment