Friday, 17 January 2014

RINTIHAN SEORANG GURU YANG BERTUGAS DI MIRI.....


"Assalamulaikum. Saya seorang cikgu di Marudi, Sarawak. Kami terpaksa naik feri setiap hari dengan bayaran yang sangat mahal untuk menyeberangi 2 batang sungai yang biasa sahaja untuk ke Miri. Kami kena lalui dua sungai pada harga RM15 satu trip. Dua batang sungai RM30.


Balik kadar yang sama juga. Total RM60 sehari. Ianya lebih mahal dari tol mahupun petrol setiap hari ramai di luar sana. Tak ada siapa peduli nasib masyarakat di sini. Mohon rahsiakan identiti saya dan rakan saya. Terima kasih."

RM60 sehari kalau diambil kira Isnin hingga Jumaat sahaja, dah mencecah RM300. Dalam sebulan, jumlahnya pasti melebihi RM1200. Masih beruntung jika hidup di bandar.



No comments: