Friday 17 January 2014

GURUBESAR 'RANCANG PROJEK' DALAM KERETA BERSAMA GURU WANITA SEKOLAH YANG SAMA


BANUN dan Norihan yang menyembunyikan muka mereka daripada dirakam ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah di Kota Bharu semalam atas tuduhan cuba berzina.

KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam mengarahkan seorang guru besar dan pasangannya juga seorang cikgu sekolah sama membela diri atas tuduhan cuba melakukan zina di dalam sebuah kereta di Lebuh Raya Pasir Mas-Rantau Panjang berhampiran Kampung Gaung di Pasir Mas pada April tahun 2013.



Hakim Nik Najib Che Hassan membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tuduhan yang dihadapi pasangan itu.
Banun Mat Jusoh, 43, dan Norihan Ab. Wahab, 25, didakwa melakukan perbuatan tersebut pada pukul 8.30 malam 28 April 2013 di dalam sebuah kereta Perodua Kancil yang diletakkan di bahu jalan di lebuh raya di kawasan Pasir Mas.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

No comments: