Friday 1 November 2013

ANGGOTA TLDM SUSPEK BUNUH TEMAN WANITA DI BUKIT PERMATA, LUMUT


Berita Harian semalam melaporkan :
Manjung : Seorang wanita ditemui mati terbaring dalam bilik tidur rumahnya di Apartmen Bukit Permata Lumut, di sini dengan kesan tikaman di dada kiri pada kira-kira jam 12 tengah hari tadi.  di sini
Hari ini :
 Polis tahan anggota TLDM bantu siasatan kematian ahli perniagaan wanita


MANJUNG :  Polis menahan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi membantu siasatan kes kematian seorang ahli perniagaan wanita di kediamannya Apartment Bukit Permata, Lumut, di sini, pagi semalam.

Lelaki terbabit berusia 27 tahun ditahan semalam dan dipercayai teman lelaki kepada wanita terbabit yang dikenali sebagai Nariza Mustapha, 32.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba, berkata lelaki itu ditahan selepas menghantar mangsa yang cedera di dada akibat tikaman di Hospital Seri Manjung, di sini.

"Lelaki itu direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku antara jam 7 hingga 10.30 pagi ketika mangsa yang tidur dalam bilik apartment berkenaan ditemui terbaring di atas lantai bilik dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang lelaki dipercayai teman lelakinya yang juga anggota TLDM.

Jaafar berkata, polis dimaklumkan mengenai kematian Nariza oleh hospital berkenaan pada jam 11.10 pagi dan mangsa disahkan meninggal dunia di hospital akibat pendarahan serius.

"Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian turut menemukan kesan darah dipercayai milik mangsa dan pisau dipercayai digunakan dalam kejadaian itu.

"Senjata berkenaan sudah dihantar ke Jabatan Kimia kajian lanjut bagi mengenal pasti sama digunakan dalam kejadian itu," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis masih menyiasat motif pembunuhan.

"Jenazah mangsa sudah dituntut keluarga hari ini dan dibawa pulang ke Rantau Panjang, Kelantan untuk dikebumikan. Mangsa tinggal bersama dua lagi anaknya tetapi ketika kejadian kedua-dua mereka tiada di rumah.

"Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Ahmad Hisyam di talian 019-575 3207 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya. BH


No comments: