Thursday, 2 May 2013

#PRU13 : PUAK PR HARAMJADAH BANGGA MANIPULASI DAKWAT KEKAL...!!!


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan bahawa kesan dakwat kekal yang dicalit di jari pengundi tidak akan hilang sehingga tempoh lima hingga tujuh hari.
Setiausahanya Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata dakwat itu sudah diuji, diluluskan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan, Jabatan Kimia dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Dalam kes pengundi awal yang membuat laporan polis dan menyebar gambar kesan dakwat itu hilang dari jarinya, beliau berkata ia disebabkan petugas SPR tidak mengikuti peraturan yang dinyatakan di botol dakwat itu yang memerlukan ia digoncang 30 minit sebelum digunakan.
Menurutnya, jika digunakan mengikut peraturan yang ditetapkan di botol dakwat itu, kesannya pasti tidak akan hilang sepenuhnya walaupun ia cuba ditanggalkan dengan pelbagai cara seperti menggunakan cuka, pencuci, minyak atau apa jua.
"...jika dilihat betul-betul kepada kes yang disebar di laman sosial itu, kesan dakwat memang tidak tanggal sepenuhnya, masih kelihatan di celah-celah kuku, tak boleh tanggal sepenuhnya," katanya dalam sidang media di Pusat Media SPR di sini hari ini.
Kamaruddin turut menunjukkan demonstrasi penggunaan dakwat itu di samping mengedar senarai peraturan yang perlu diikuti kerani atau petugas SPR di pusat mengundi nanti.
Antaranya ialah botol dakwat perlu digoncang setiap dua jam, selama 30 saat sebelum dibuka penutupnya, dan jari pengundi yang hendak dicalit perlu bersih serta kering dan ia perlu dicalit di keseluruhan ruas pertama hingga ke kuku dan bahagian bawah jari.
Dalam demonstrasi itu, usaha seorang petugas media yang cuba menghilangkan kesan dakwat yang digunakan pada hari pengundian awal, tidak berhasil meskipun beliau telah menggunakan beberapa bahan pencuci.
Kamaruddin berkata cubaan sesetengah pihak untuk menanggalkan sepenuhnya kesan dakwat itu secepat mungkin dengan menggunakan pelbagai cara, mungkin mempunyai motif tertentu atau mungkin juga mereka menyimpan niat tidak baik
terhadap SPR.
Mengenai pengundi awal, beliau berkata pada Selasa lepas ia sebanyak 83.3 peratus iaitu 200,979 orang daripada 272,387 pengundi. bernama.


SEMENTARA ITU..... MEJAR AZMEE BUANG, SEORANG PEGAWAI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) YANG GAMBAR JARINYA DICALIT DAKWAT KEKAL DAN CUBA DIBERSIHKAN OLEH CALON PKR PARLIMEN LEMBAH PANTAI, NURUL IZZAH.... MEMBERI PENJELASAN BERIKUT....
“Tidak sangka keikhlasan saya untuk menunjukkan jari yang sudah dicalit dengan dakwat kekal itu kepada Nurul Izzah dimanipulasikan oleh pihak pembangkang,” jelas Mejar Azmee Buang, 41. 

Katanya, ketika keretanya berhenti dalam kesesakan lalu lintas berdekatan Taman Koperasi Polis, sekumpulan penyokong pembangkang yang mana Nurul Izzah ada berdekatan, meminta untuk melihat jarinya yang sudah dicalit dakwat kekal. 

Beliau mendakwa Nurul Izzah yang tiba kemudian cuba mencuci dakwat itu termasuk dengan sejenis cecair yang dibawanya dan pada masa sama gambar itu diambil pihak tertentu, lapor Berita Harian.

“Gambar itu memang saya, tapi ketika itu saya sedang berbual dan beliau (Nurul Izzah) ada meminta untuk melihat dakwat itu dan cuba untuk mencucinya tapi tidak boleh. 

“Saya tidak sangka gambar beliau sedang mencuci itu tersebar di internet dengan dakwaan ia boleh ditanggalkan,” katanya ketika ditemui BH di pekarangan Kementerian Pertahanan, di sini, semalam. 

Justeru, Azmee yang juga Pegawai Penyelaras Pilihan Raya Kem Sungai Besi itu, menafikan dakwaan beliau bersubahat dalam isu itu. 

“Saya tidak ada berjumpa sesiapa pun termasuk pemimpin pembangkang untuk mengadu mengenai warna dakwat itu hilang seperti yang digembar-gemburkan di internet kerana kesannya masih ada di jari. 

“Saya tidak menyangka tindakan spontan (menunjukkan jari pada Nurul Izzah) itu akhirnya mengundang padah dan jika pihak pembangkang masih memanipulasi dan mengaitkan saya dalam hal ini, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya yang tampil bersama enam anggota ATM menyangkal dakwaan pembangkang itu. 

Staf Sarjan Rafei Abdul Rahman yang turut hadir berkata walaupun sudah seharian dakwat itu dicalit di jarinya, kesannya masih boleh dilihat.

No comments: