LANUN SOMALIA adalah kelompok lanun moden atau canggih yang menahan laluan kapal yang memasuki garis pantai Somalia. Mereka menggunakan bot laju dan dilengkapi dengan senjata automatik, termasuk RPG (granat rocket).
Para lanun ini sangat licik dan anggota kumpulan ini adalah kombinasi antara bekas nelayan, tentera dan pakar komputer. Namun begitu, mereka tidak memiliki latihan yang berkualiti. Bagi menangkis dan menangani serangan dari mereka, armada kapal perang antarabangsa telah ditempatkan di Teluk Aden untuk berkawal setiap hari bagi memastikan keselamatan kapal-kapal yang melalui teluk itu.
Jom ikuti modus operandi mereka :
1. Mereka menangkap kapal yang lalu untuk mendapatkan tawanan agar mendapat wang tebusan diperolehi.....
Somalian Pirates |
2. Para tawanan di kumpulkan dan di intimidasi (digertak) agar tidak melawan. Setelah itu mereka akan meminta sejumlah wang tebusan kepada pemilik kapal atau yang berkait rapat dengan jumlah tebusan.
Somalian Pirates |
3. Para lanun laut Somalia tersebut memberi arahan tugas kepada ahli kumpulannya untuk proses pengambilan tebusan serta mengambil bahan makanan.
Somalian Pirates |
4. Wang tebusan kemudiannya akan dibungkus rapi dan dihantar melalui pesawat ringan, lalu menjatuhkanya ke laut untuk di ambil oleh lanun-lanun tersebut.
Pesawat menjatuhkan wang tebusan |
5. Wang tebusan sudah di jatuhkan ke laut untuk di ambil oleh lanun Somalia itu.
Wang tebusan / ransom |
5. Lanun akan segera mengambil Wang tebusan dan dengan pantas memeriksa jumlah dan mengenal pasti ketulenan wang tersebut. Jika proses pengiraan dan ketulenan ini diganggu oleh pihak lain, mereka tidak teragak-agak untuk melepaskan tembakan dan bom.
6. Setelah di ambil dan di periksa jumlah wang tebusan yang telah dibayar itu, mereka akan segera melepaskan tawanan dan juga kapal sebagai balasan kerana kelancaran urusan wang tebusan.
Sudah pasti wang tebusan yang diminta bukan dalam jumlah yang sedikit!!! Tapi mereka tidak pernah berkira, yang penting keselamatan kapal dan anak kapal.
No comments:
Post a Comment