Penulis gelak dahulu sebelum membaca notis dalam bahasa Inggeris berkaitan polisi onani atau lancap Universiti Sains Malaysia (USM). (Lihat notis tersebut sepeti di atas).
Ketika penulis melihat notis ini, ia sudah pun trending di twitter dan Facebook.
Difahamkan, notis itu ditampal di beberapa hostel di USM.
Begitu teliti ia dibuat seolah-olah ia adalah notis rasmi. Kertas yang digunakan siap ada logo USM dan ‘watermark’ sekali.
Tajuk; Masturbation Notice (Notis Onani).
Antara kandungannya ialah peringatan kepada pelajar di USM bahawa sistem saluran dan kumbahan universiti itu tersumbat dengan air mani saban tahun akibat aktiviti onani.
Situasi itu diperjelaskan dengan begitu terperinci selanjutnya;
“Kos membaik-pulih akan dimasukkan ke perjanjian hostel anda tahun depan, kos ini tidak boleh ditanggung bursar memandangkan kerja-kerja membaik-pulih dilakukan oleh kontraktor bebas dan bukannya kakitangan USM,” kata notis berkenaan.
Kejap…tak habis lagi tu…
“Ia air mani anda, ia wang anda”.
Paling best yang terakhir – PLEASE, masturbate in your bedroom.
Dan kalau ada soalan, boleh berhubung dengan Ketua Aras berhubung polisi onani USM.
Di Twitter, ramai yang mempersoalkan kewajaran USM mengeluarkan notis seperti itu.
Bagimanapun, Mymahasiswa Online Portal melaporkan ,Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar USM,Muhammad Ammar’ Mohd Aziz mengeluarkan satu kenyataan berbunyi;
“Assalaualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Muhammad Ammar’
Respon berkenaan isu sebuah notis yang telah menggunakan nama Universiti Sains Malaysia (USM) yang tersebar di Facebook, Twitter dan Instagram, saya ingin menegaskan bahawa ia merupakan satu notis palsu.
Malah, jika diperhatikan, sememangnya wujud bukti yang mengatakan notis tersebut adalah palsu dan “diedit” dengan jelas oleh pihak-pihak tertentu. Selaku sebuah institusi yang dipandang tinggi oleh masysrakat, isu ini tidak seharusnya dijadikan bahan fitnah dan jenaka oleh mana-mana pihak. Justeru, saya mohon kepada semua, khususnya rakan-rakan mahasiswa/i agar bertenang dan dapat menilai notis tersebut secara rasional dan matang. Sekian, terima kasih.
Bagi penulis…USM adalah sebuah universiti yang hebat dan pihak yang membuat tindakan memalukan institusi tersebut harus diambil tindakan.
Pihak pengurusan USM juga perlu tampil membuat laporan polis agar siasatan dapat dilakukan dan pihak yang bertanggungjawab dihukum.
Oleh: Ak-47 (My News Hub)
No comments:
Post a Comment