Telah berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2012 di antara pasukan Kelantan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), malam tadi. Sebagaimana yang semua orang telah tahu, sama ada yang menyaksikannya di Stadium Shah Alam atau mengikutinya melalui siaran langsung di peti televisyen masing-masing atau sekadar mendengar cerita dari rakan-rakan, Kelantan telah menjadi juara piala tersebut buat kali kedua dalam tempoh 3 tahun, dan malam tadi telah menewaskan pasukan ATM itu dengan jaringan
3 - 2.
So, now... MuhdAfiqSyazwan tu dah terjun KLCC ke belum? Teman rasa kalau sudah, tentu heboh dah di laman-laman media sosial ni atau sekurang-kurangnya tentu beritanya dah masuk tv.
Sebelum itu, MisterBiawak Evans juga mencabar untuk berbogel di depan pusat membeli-belah Pavillion di Kuala Lumpur dan postkan gambar bogelnya itu di laman sosial facebook sekiraya Kelantan menang dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia menentang Selangor. Now, Kelantan bukan setakat menewaskan Selangor tetapi juga ATM...!!!!
SUDAHKAN MuhdAfiqSyazwan terjun dari KLCC dan MisterBiawak Evans berbogel di depan Pavillion??? SUDAHKAH....???!!!
Anda semua masih ingat lagi... seorang jantan bernama Johari Pain yang dengan beraninya membuat pengakuan di akaun facebooknya akan mengerat alat sulitnya jika ratu terjun negara iaitu Pandalela Rinong menang pingat dalam acara tersebut di Sukan Olimpik London 2012. Ternyata sebaik sahaja, Pandalela Rinong mendapat pingat (gangsa), akaun tersebut telah ditutup serta-merta. Lihat di sini.
Teman berpendapat, cabaran-cabaran yang dilontarkan itu walaupun hanya melalui akaun facebook masing-masing hanyalah sekadar untuk menarik perhatian dan mencipta kontroversi, mungkin juga untuk mencari populariti...!!!!!
Selepas itu, jika mereka tewas dengan cabaran itu, mereka akan tutup akaun.... abis cerita. Sebenarnya... teman cakap serius ni, mereka tu memang langsung tak berani nak tunaikan janji yang mereka buat sendiri..!!! Tulis bukan makin berlagak!
1 comment:
Aku cabar budak ni, if dia benar2 ada egg, dia mmg berani buat terjunan, aku janji akan potong kuku aku setiap hari Jumaat! Amacam, budak, ada berani? wakakaka
Post a Comment