Saturday, 11 August 2012

AKAUN FB 'JOHARI PAIN JANJI KERAT' TELAH DITUTUP...!!!


Laman sosial yang menyokong Pandelela.
Laman sosial facebook yang menyokong Pandelela.

Gara-gara pertikai kebolehan penerjun negara, Pandelela Rinong, para peminatnya menuntut seorang pemegang akaun laman sosial Facebook, Johari Pain agar menunaikan janji yang dia sanggup memotong kemaluan jika atlet itu memperoleh pingat dalam acara Sukan Olimpik yang disainginya.
Johari membuat kenyataan itu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing dalam peringkat akhir acara 10m Platform Wanita awal pagi tadi (waktu Malaysia) selepas berjaya di separuh akhir.
Pandelela dari Sarawak memperoleh pingat gangsa, sekali gus mencatatkan rekod sebagai atlet wanita pertama membawa pulang pingat.


Johari antara lain menulis: "Gua berani kerat xxxx laa kalau Pandelela menang pingat malam nih.. (saya berani memotong anu kalau Pandalela menang pingat malam ini...)."
Tindakannya itu berhadapan dengan reaksi marah dan tersinggung, yang rata-ratanya menggesa dia memohon maaf.
Johari yang menggunakan akaun Twitter @JohariPain dalam mesej meminta maaf berkata, "saya sudah memohon maaf, tapi tidak pulak orang nak print screen... siap suruh buat permohonan maaf dekat @buletintv3 lagi."
"Sedangkan Nabi boleh ampunkan umat, takkanlah manusia biasa tidak boleh memaafkan orang lain... saya sedihlah," katanya dalam mesej Twitter berikutnya.

Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian Online mendapati laman sosial itu telah pun ditutup sejak tengah hari tadi.
Pemegang akaun itu juga telah memohon maaf atas keterlanjuran.
Laman Facebook yang dibuka untuk menyokong Pandelela menyebut, "Johari sudah meminta maaf atas tindakkannya mengeluarkan status berbaur lucah terhadap atlet Malaysia."
Ini merupakan kes kontroversi kedua melibatkan kejayaan dan prestasi atlet negara mengutip pingat dalam Sukan Olimpik 2012 di London.
Sabtu lalu, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mempertikaikan Datuk Lee Chong Wei selepas beliau gagal memperoleh pingat emas dalam acara badminton.

Pemantauan ke atas laman sosial Facebook dan Twitter mendapati mereka menuntut Johari, yang menggunakan nama Johari Yahiko dan alaun @JohariPain, agar menunaikan janji kerana Pandelela berjaya memperoleh pingat gangsa kira-kira jam 3 pagi tadi.
Ketua Pemuda Barisan Nasional dan Umno, Khairy Jamaluddin berkata, "orang yang paling benci tema 'Janji ditepati' adalah brader yang kata nak potong kemaluannya jika Pandelela menang pingat Olimpik. Oh mai."

Seorang peminat Pandelela, Putera Miza berkata: "Kesian Johari Pain, kena kerat kali kedua, kah kah kah. Siapa suruh cakap macam tu, kan dah terkena. Apa lagi kita potong potong potong."

Insan Kerdil pula berkata: "Inilah orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya."
Afiq Maolenin berkata: "Johari Pain juga dikenali sebagai Yahiko Akatsuki. Hahahaha! dari orang Kelantan jadi orang Jepun sesat pulak."
Sementara itu, terdapat beberapa akaun yang didaftarkan atas nama "Johari Pain Mohon Kerat", "Johari Pain dah potong ke belum", "Johari Pain ku tunggu janji mu", "Janji Johari Pain Janji Dikerat." telah mendapat jumlah pengikut yang ramai semenjak Johari mengeluarkan kenyataan "janji kerat" di laman sosial Facebooknya.
Seorang lagi peminat Khairulnnisa, menyatakan di Twitter "bila dah gelabah dan-dan buat statement 'sedangkan Nabi ampunkan umat', ada akal tak nak guna sebelum buat statementpotong penis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat status yang memuji kemenangan penerjun negara itu melalui laman sosial Facebooknya.

Dalam pada itu, dipetik Bernama, Pandelela berkata kejayaannya di Sukan Olimpik London semalam akan memberi inspirasi kepada anak muda negara menceburi sukan tersebut.

Beliau berkata kejayaan itu juga bukan sahaja kepada dirinya dan rakan sepasukan tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Kejayaan ini merupakan berita gembira kepada skuad terjun sebab kami tidak pernah menyumbangkan pingat kepada Malaysia di peringkat Olimpik," kata anak kelahiran Sarawak berusia 19 tahun itu selepas acara itu di Pusat Akuatik, London.
~ Sinar Harian ~
**** Mujurlah Pandelela menang.... jika ditakdirkan kalah... pasti semakin galak si Johari Pain itu meroyan yg bukan2!!!! Dan pasti acc fb tu pun xkan ditutup!!! Berani kerana benar, takut kerana salah!!! 

No comments: