KUALA LUMPUR – British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) hari ini mengumumkan kenaikan harga rokok tertentu berkuatkuasa esok.
Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh berkata, kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan berikutan daripada kenaikan eksais dan cukai.
“Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 18 Oktober lalu secara rasmi memaklumkan peningkatan mandat dalam harga ex-factory rokok kami antara 26 peratus hingga 58 peratus berkuatkuasa 19 Oktober lalu,” katanya
Justeru, William berkata, harga rokok Dunhill bermula esok RM10.20 sekotak, Kent (RM10.20), Peter Stuyvesant (RM8.70), Pall Mall (RM 8.70) manakala Pall Mall Plain (RM10.60).
Selain itu, katanya, harga rokok Benson & Hedges pula RM10.20 sekotak, Lucky Strike Plain (RM10.60) dan Rothmans International pula RM10.60 sekotak. – mynewshub.my
No comments:
Post a Comment