Wednesday 10 October 2012

AES KAUT RM RAKYAT UNTUK RAKYAT...???!!!


Hari ini saya terpaksa menulis perkara ini walaupun saya tahu ia ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. 


Sebabnya perkara ini telah menjadi bualan orang ramai di segenap peringkat.

Pergi ke kantin orang bercakap pasal itu, pergi kedai kopi orang bercakap pasal itu, pergi ke surau pun orang bercakap pasal itu, sambil menunggu anak di sekolah pun orang bercakap pasal itu. 

Golongan ibu yang menunggu anak di padang permainan waktu petang pun bercakap pasal itu.

Apabila semua orang dan dimana-mana orang bercakap pasal perkara itu, maknanya perkara itu serius dan perlu diberi perhatian oleh pemerintah.

Perkara itu yang saya maksudkan adalah AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM (AES).

Sistem ini mula beroperasi secara rasmi pada 23 September 2012. 

Tujuan perlaksanaanya adalah untuk merakam kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya terutamanya melebihi had laju, 24 jam sehari dan kemudiannya saman akan dihantar secara pos. 

Katanya untuk mengatasi kemalangan jalan raya.

Kalau dulu orang ramai bercakap pasal saman ekor, kini pula muncul satu sistem yang lebih teruk dari saman ekor.

Bukan niat saya hendak mempertahankan orang yang melakukan kesalahan jalan raya, tetapi kaedah yang digunakan itu tidak betul. 

Mengikut bualan orang ramai pelaksanaan kaedah AES tidak lebih kepada usaha kerajaan nak mencari duit kerana nak bagi BRIM, bantuan anak sekolah RM 100 dan macam-macam bantuan lain lagi yang bernama 1Malaysia.

Lalu diperkenalkan pula SR1M (Saman Rakyat 1Malaysia) untuk kerajaan mencari duit. 

Tangan kanan memberi tangan kiri mengaut. 

Itu yang orang ramai sedang bercakap dibawah sekarang.


Orang tak marah atau kurang marah jika mereka disaman kerana melanggar lampu isyarat, tidak memakai tali pinggang keledar, menggunakan telefon bimbit atau potong garisan berkembar. 

Rata-rata orang yang marah adalah saman melebihi had laju. 

Dan saya yakin saman melebihi had laju adalah saman yang tertinggi yang dikeluarkan setiap hari oleh pihak berkuasa.

Bila bercakap melebihi had laju, bukan semua orang yang memandu 150-200km/j. 

Ramai yang hanya terlebih 10-20km/j sahaja. 

Kawasan 90km/j mungkin mereka pandu 100 atau 110km/j. 

Itulah saman yang paling banyak.

Alasan yang diberikan JPJ, memandu laju boleh menyebabkan kemalangan maut. 

Pada saya itu alasan lama yang sesuai digunakan di zaman kita nak ke Ipoh guna Jalan Tanjung Malim. 

Zaman sekarang zaman lebuh raya 2-3 lorong, alasan itu sudah tidak berapa nak boleh pakai lagi.

Sebagai contoh, Lebuh Raya Kesas adalah sebuah lebuh raya 3 lorong dari Bukit Jalil ke Klang. 

Logikkah had lajunya hanya 90km/j ? 

Sudah tentu tak logik.....

Siapa yang boleh tahan nak pandu 90km/j dari Klang ke Bukit Jalil atau dari Bukit Jalil ke Klang dengan menggunakan lebuh raya tiga lorong dan perlu membayar RM 6.60 ? 

Kalau dia nak pandu 90km/j lebih baik dia guna Lebuh Raya Persekutuan. 

Tol lebih murah....

Zaman sudah berubah, jangan lagi kita terikat dengan undang-undang lapuk yang di buat di zaman filem Tiga Abdul. 

Dulu kita tidak ada lebuh raya dan kereta-kereta zaman dulu bukan seperti zaman sekarang. 

Zaman sekarang lebuh raya dah tiga lorong, rata-rata kereta semuanya 'high perfomance'dan dilengkapi dengan pelbagai sistem keselamatan.

Tujuan saman adalah untuk mendidik dan JPJ kata memandu laju menjadi punca utama kemalangan jalan raya.


Sekarang mari saya nak tunjuk kepada anda sama ada perkara itu betul atau tidak ?

Dua hari pertama AES beroperasi secara rasmi sebanyak 3344 kesalahan jalan raya telah dirakam oleh kamera berkenaan. 

Iaitu pada 23 dan 24 September.

Manakala pada 4 Oktober pula Timbalan Menteri Pengakutan memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebanyak 63'558 kesalahan jalan raya yang dirakam melalui AES sejak 23 September.

Maknanya jumlah kesalahan yang berjaya dirakam oleh AES antara 25 September hingga 3 Oktober sebanyak 60'214.

Pada 23 dan 24 September jumlah kesalahan yang dirakam 3344. 

Angka 3344 itu dibahagi dengan dua (2 hari) bersamaan dengan 1672 kesalahan yang dirakam sehari.

Pada 25 hingga 3 Oktober (9 hari) jumlah kesalahan yang dirakam 60'214. 

Angka 60'214 dibahagi dengan sembilan hari bersamaan dengan 6690 kesalahan yang dirakam sehari.

Ini bermakna jumlah kesalahan dalam tempoh sembilan hari naik lima kali ganda dari dua hari pertama AES mula digunakan.

Maknanya orang ramai tidak peduli dan tidak hairan dengan didikan yang cuba diajar oleh AES. 

Apabila orang ramai tidak peduli atau tidak hairan, maknanya kaedah yang cuba diguna pakai kerajaan gagal.

Kalau dah gagal, tidak ada faedah lagi kerajaan nak teruskan dengan kaedah AES jika benar tujuan kerajaan nak didik pengguna jalan raya. 

Lainlah kiranya jika kerajaan nak cari duit melalui hasil saman. 

Kita nak tanya JPJ, daripada 63'558 kesalahan yang dilakukan, berapa banyak kemalangan atau kematian yang berlaku disebabkan oleh memandu yang melebihi had laju ? 

Lebuh Raya Persekutuan - Adakah kemalangan ini disebabkan oleh memandu melebihi had laju ? Siapa yang boleh pandu 150km/j di lebuh raya itu waktu siang ?

Kalaulah had laju yang menjadi punca kemalangan dan kematian atas jalan raya, dah tentu separuh dari 63'558 itu dah terlibat dalam kemalangan dan 1/4 dari mereka dah menemui ajal. 

Kalau itu berlaku maknanya betul memandu melebihi had laju adalah punca utama kemalangan jalan raya di Malaysia. 

Dan pada masa itu rakyat pun tak akan bising lagi JPJ nak pasang kamera celah mana sekali pun.

Kalau dah 63'558 kesalahan dilakukan dalam masa 11 hari dan orang ramai tak hairan atau tak takut untuk melakukan kesalahan walau pun mereka tahu AES mula beroperasi, maknanya ada sesuatu yang tidak kena dengan undang-undang atau peraturan itu.

Apabila sesuatu peraturan atau undang-undang tidak berjaya, maknanya undang-undang atau peraturan itu gagal dan pemerintah harus mencari kaedah lain. 

Jika pemerintah masih berdegil dan nak kekal dengan kaedah AES maka tunggulah akibatnya kelak.


Kenderaan JPJ - Pandu lebih had laju ?

Jika kerajaan benar-benar nak mendidik rakyat supaya mematuhi peraturan jalan raya ada lagi kaedah-kaedah lain yang boleh digunakan walaupun ia akan memakan masa yang panjang.

Salah satunya caranya adalah dengan memasukkan satu mata pelajaran yang berkaitan undang-undang dan keselamatan jalan raya dan diajar di sekolah dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. 


Mungkin mata pelajaran itu boleh disekalikan dengan jenayah dan dadah.

Kata orang tua-tua melentur buluh biar dari rebungnya dan belakang parang kalau tiap-tiap hari diasah pasti akan tajam. 

Begitulah juga dengan murid-murid sekolah yang satu hari nanti akan dewasa seperti kita sekarang.

Jika dari kecil lagi dan setiap hari mereka diajar atau diberitahu tentang pentingnya mematuhi keselamatan jalan raya, bagaimana nak banteras jenayah, bahayanya dadah dan merokok membahayakan kesihatan, Insyallah untuk jangka masa panjang kita akan dapat sebuah masyarakat yang berdispilin.

Akhir kata semoga kerajaan dapat menyemak balik kaedah AES yang sedang dilaksanakan sekarang terutamanya kesalahan yang melibatkan pemanduan melebihi had laju. 

Dan dalam masa yang sama juga tolong semak kembali undang-undang pemanduan melebihi had laju agar sepadan dengan perubahan zaman.

Kredit to >> RBF Online

3 comments:

Anonymous said...

Ok la ikut had laju, tu gua setuju. tp bayangkan kwsn 90, line clear, jalan lurus, x lojik nk drive 90 bro!

Anonymous said...

Accident bukan hanya sebab pandu laju, sebahagian besarnya tidak sabar, seperti memotong dlm keadaan tidak selamat, memotong ikut kiri, keadaan kenderaan dsb.

Anonymous said...

Komen aku ...

1. Pemandu bila masuk lebuh raya dia tumpu pemanduan pada kelajuan 110 kmsj dan ke bawah. Kalau pasang perangkap laju pada kawasan 110 kmsj ke bawah, bukan ke nak aniaya orang namanya.

2. Berapa banyak agensi yang nak kuatkuasakan had laju ni? Polis dah ada, kini JPJ, lepas ini majlis perbandaran. SPAD bila pulak? Menyusahkan.

3. Berapa peratus syarikat pembekal peralatan dapat dari saman yang dibayar? Harga saman Polis lain, harga JPJ pulak lain. Polis kadang2 bila dia kasihan dia bagi diskaun. JPJ langsung tak ada.

4. Rakyat boleh patuh pada had laju 110 kmsj mahupun 90 kmsj. Pengguna membayar tol untuk mengguna kemudahan ini tapi pihak penguatkuasa boleh jamin ke perjalanan dari utara hingga ke selatan akan sentiasa lancar pada kelajuan tersebut. Umum sedia maklum pengguna dari selatan khususnya akan tersangkut di Senawang, jadi untuk mengejar masa mereka akan memamdu laju sikit tapi bila sampai di km 301.9 semua kenderaan perlahan hingga menyebabkan kesesakan sekali lagi kerana kelajuan pada 90 kmsj. Mana yang nak cepat terimalah saman. Bila berlaku kesesakan, syarikat pengendali lebuh raya setuju ke dengan pemasangan perangkap laju ini?

5. Ikutlah sistem di Eropah ... sebelah kanan untuk memotong. Kalau pandu kurang dari 110 kmsj kena saman. Pemandu pun tahu kemampuan pemanduan dan kenderaan mereka. Gunalah reverse psychology, tak ada sesiapa pun yang nak memandu laju sampai membunuh diri sendiri.

6 Kemalangan berlaku apabila pemandu cuai dan tidak bertimbang rasa. Kelajuan akan dikatakan sebagai penyebab. Tapi untuk perangkap had laju yang ditempatkan di km 301.9 sebagai contoh, adakah kawasan itu kerap berlaku kemalangan atau itu lokasi paling sesuai untuk mendapatkan saman yang banyak.

7. Pemandu Singapura bagaimana pula? Ini yang dikatakan, kera di hutan disusukan tapa anak di rumah mati kelaparan. Double standard.

8. Janganlah buat rakyat bertambah meluat dan menyampah dengan kerajaan hanya kerana agensi2nya yang masih tidak perihatin dengan masalah rakyat. Buat macam PM. Ajak rakyat berbincang bagaimana cara untuk mengurangkan kadar kemalangan. Mungkin mereka boleh memberi pendapat. Minta concensus rakyat. Lepas itu rakyat tidak boleh mengatakan agensi kerajaan yang menganiaya mereka lagi.

9. Kalau nak rakyat patuhi undang2 jalan raya, tindakan pertama adalah selaraskan pengeluaran nombor plet kenderaan supaya semuanya sama. Ini nombor plet macam2 bentuk dan saiz. Pihak berkuasa buat2 tutup mata saja. Puak2 yang pakai nombor plet fancy nilah yang selalu melakukan kesalahan jalan raya. Nombor plet pun tak boleh selaraskan, inikan pulak nak kuatkuasakan undang2 yang lebih berat.

Maaf kalau ada yang tersinggung tapi ini adalah pandangan rakyat.

Sekian.