Wednesday 10 October 2012

PEMANDU CAMRY MAUT ACCIDENT DENGAN GITARIS KRISTAL


 

Hiasan

KUALA LUMPUR : Gitaris kumpulan Kristal, Ammar Izwan Alwi Aizhar, 25, dan rakannya terselamat manakala seorang pemandu kereta mewah maut dan seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bandar Sri Permaisuri, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian itu, pemandu Toyota Camry, Lim Gian Hau, 52, maut di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduk manakala pemandu Proton Saga BLM, Mohd Nor Azlan Zainal Abidin, 26, cedera parah dan kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Menurut Ammar, kejadian itu berlaku sekelip mata ketika dia yang memandu Proton Wira Aeroback berhenti di lampu isyarat merah sebelum dirempuh sebuah kereta Toyota Camry dari arah bertentangan, kira-kira jam 3.30 pagi.


Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku apabila salah sebuah kereta itu melanggar lampu isyarat menyebabkan dua kereta berkenaan bertembung di tengah-tengah simpang empat menyebabkan kedua-duanya berpusing beberapa kali sebelum berubah hala lalu merempuh kereta gitaris terbabit.

myMetro 10/10/12

No comments: