Ipoh: Pelbagai cerita hantu, mistik dan seram yang berleluasa dikenal pasti antara punca banyak kes sakit mental yang sepatutnya boleh dirawat pada peringkat awal, gagal dirujuk ke pakar perubatan sehingga sukar diubati.
Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabaiah Mohd Salleh, berkata paparan cerita seumpama itu mempengaruhi fikiran masyarakat hinggakan tanda penyakit mental yang ditunjukkan seseorang dianggap gangguan makhluk halus dan mengutamakan khidmat dukun serta pengamal perubatan tradisional.
“Cerita sebegini yang sering ditayangkan di televisyen, filem dan bahan bacaan mewujudkan stigma masyarakat mengenai sakit disebabkan gangguan hantu hingga ada yang trauma dan hanya dirujuk ke hospital apabila penyakit menjadi kronik,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan Kesihatan Mental Perak Kesembilan di sini, semalam.
Dr Rabaiah berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menafikan kewujudan dunia jin dalam kepercayaan agama lantas membenarkan rawatan tradisional serta perubatan Islam dilakukan sebagai pelengkap rawatan.
Katanya, penyakit mental boleh diubati jika dirujuk ke hospital dari peringkat awal bagi membolehkan pesakit menerima rawatan sesuai dan dapat meneruskan kehidupan normal.
Beliau berkata, orang ramai yang mendapatkan rawatan penyakit mental kini meningkat kepada maksimum 10 kes baru didaftarkan sehari berbanding antara dua hingga tiga sehari pada 2007.
Sementara itu, Dr Nordiyanah berkata, banyak kajian menunjukkan pertalian rapat antara penyakit mental dan fizikal seperti kemurungan dengan penyakit berkaitan jantung dan angin ahmar, selain berisiko menghidap diabetes.
“Penyakit kerisauan mendedahkan individu kepada penyakit jantung koronari, angin ahmar, gangguan sistem pernafasan seperti asma serta berisiko mengidap penyakit kronik lain berkaitan sistem penghadaman,” katanya.
Katanya, stigma dan diskriminasi masyarakat menyebabkan ada pesakit jiwa enggan mendapatkan rawatan psikiatri kerana takut dicemuh tidak siuman terutama jika pernah mendapat rawatan di hospital mental.
bharian 10/10/12
Berikut adalah beberapa paparan kes sakit mental yang pernah dimuatkan di dalam akhbar-akhbar arus perdana, tabloid mahupun blog :
KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS- SISTEM PENDIDIKAN PERLU PERUBAHAN
Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini memberi gambaran bahawa Negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang tidak stabil jiwanya.
REMAJA SAKIT MENTAL MENINGKAT
8 Okt. 2012
Masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara ini berada pada tahap membimbangkan malah bilangannya semakin menunjukkan peningkatan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati kelaziman masalah kesihatan mental golongan tersebut telah meningkat daripada 13 peratus pada 1996 kepada 20 peratus pada tahun lalu.
12% RAKYAT MALAYSIA SAKIT MENTAL
3 Feb. 2012
SUNGAI PETANI - Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental. Katanya, tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.
GURU BESAR CEDERA DISERANG GURU LELAKI
Selasa Februari 28, 2012
GEORGE TOWN: Seorang guru besar sekolah rendah di Air Itam cedera selepas diserang seorang guru lelaki sekolah yang sama dalam satu pergaduhan di sini, Selasa. Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintenden Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, guru besar lelaki berusia 48 tahun itu diserang ketika membuat rondaan dari kelas ke kelas pada 8.30 pagi.
GURU DIPAKSA DERMA UNTUK SEKOLAH
Jumaat Februari 24, 2012
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) pada Jumaat melaporkan sebuah sekolah di Johor telah memaksa guru-guru gred 44 di sekolah itu menyumbang RM50 setahun sebagai dana kewangan sekolah berkenaan.
KERJA HARI SABTU PUNCA GURU MARAH - NUTP
Kosmo 1 Mei 2011 (Hari Pekerja)
KUALA LUMPUR - Sikap segelintir guru besar yang suka mengarahkan guru sekolah datang bekerja pada setiap hari Sabtu antara aduan yang banyak diterima Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
RAMAI GURU SAKIT JIWA
22 Mac 2009
BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.
KADAR STRES PELAJAR SEKOLAH, TINGGI
October 6, 2011
PUTRAJAYA: Satu projek mengesan kesihatan mental pelajar sekolah menunjuk-kan tahap keresahan, kemurungan dan stres mereka berada pada tahap yang disifatkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai ‘tinggi’. Daripada 6,540 murid yang telah disaring dalam projek perintis dikenali ‘Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah’ itu, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus mengalami tanda kemurungan teruk dan 4.8 peratus mengalami stres teruk.
HEALTHY MIND SCREENING FOR ALL SCHOOLS
Saturday February 25, 2012
KUALA LUMPUR: Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai says the Healthy Mind Screening Programme will be extended to all schools this year. "We are concerned about this issue (mental health). A survey was conducted in all schools in collaboration with Ministry of Education to identify early problems and help those in need," he told reporters after opening Taman Medan Health Clinic here, Saturday.
UJIAN KESIHATAN MENTAL DI SEKOLAH
2011/02/03
PAKAR kesihatan dan pendidikan serta kesatuan guru menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan mengadakan ujian kesihatan mental terhadap pelajar sekolah menengah tahun ini sebagai kaedah menangani tekanan perasaan atau isu disiplin.
GURU MENGAMUK, 14 RAKAN BERSEMBUNYI DALAM PAYA
Berita Harian 20 Jan 2011
KOTA KINABALU: Empat belas guru, termasuk dua wanita bertarung dengan nyamuk dan pacat kira-kira 11 jam dalam hutan paya bakau di Kampung Sabur, Pulau Banggi, kira-kira 300 kilometer (km) dari sini, kerana bersembunyi daripada seorang guru lelaki yang mengamuk menggunakan pedang samurai, tengah malam kelmarin. Mereka terpaksa melompat keluar dari rumah dan kuarters guru setinggi dua meter di Sekolah Kebangsaan (SK) Sabur selepas dikejutkan dengan hentakan pedang di kediaman masing-masing sebelum melarikan diri ke hutan paya bakau bagi mengelak dicederakan dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu.
BAPA NYARIS CEDERA DILIBAS PARANG GURU
Utusan Malaysia 2 Mac 2011
KUALA KRAI 1 Mac - Akibat membuat aduan kepada sekolah tentang tindakan seorang guru mendenda anak lelakinya makan dalam tong sampah, seorang bapa nyaris cedera dilibas dengan sebilah parang oleh guru berkenaan.
PENSYARAH PERGURUAN MENGADU PENAT, LETIH KERJA
Utusan Malaysia 26 April 2010
PADA Sabtu, 10 April 2010, saya ada membaca sebuah artikel bertajuk Seksa jadi guru dan dalam laporan yang sama juga turut menyatakan sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk mengkaji bebanan tugas guru. Kemuncak kepada beban itu kami terpaksa tanggung dengan bekerja lebih masa setelah Maktab Perguruan di seluruh negara dinaikkan taraf kepada Institut Pendidikan Guru pada tahun 2008.
No comments:
Post a Comment