Wednesday 10 October 2012

BONGKAR..!!!! PENDUDUK LUBUK MERBAU TUNTUT JANJI ADUN..!!!


JANJI SEBELUM MENANG..... JANJI NAK RAIH UNDI..... BERJANJI UNTUK MENIPU!!!


KHAS UNTUK ADUN LUBUK MERBAU.... yang paling sepi di PERAK Selepas heboh janji 100 hari Pakatan, rakyat Lubuk Merbau khasnya pimpinan dan ahli PAS sendiri sedang menagih janji yang ditabur oleh Hj Zainuddin semasa kempen PRU 12.


Jika janji ini tidak dipenuhi menjelang PRU 13, diyakini aktivis PAS tidak akan bekerja membantu jentera pilihanraya pada PRU 13. Menurut mereka untuk Padang Rengas khasnya DUN Lubuk Merbau nasib Pakatan hanya bergantung kepada jentera PAS.

DAP dan PKR hakikatnya tidak pernah wujud sama sekali. 

Antara janji yang mereka tuntut ialah :-

1. Sebuah bank di Pekan Padang Rengas

2. Pemberhentian Operasi Kilang Simen

3. Sistem perparitan baru untuk seluruh Lubuk Merbau

4. Pemberhentian Operasi Kilang Kayu Kuala Dal

5. Tempat parking lori bagi penduduk sekitar Perumahan Awam dan Taman Permai

6. Sumbangan RM1000.00 untuk anak pengundi yang dapat buat ijazah dan RM 500.00 untuk diploma

7. Bantuan sara hidup RM300.00 untuk warga emas

8. Bantuan RM 500.00 untuk setiap kematian pengundi/tanggungan di DUN Lubuk Merbau

9. Sumbangan RM 500.00 untuk perkahwinan anak/pengundi

10. Seekor lembu setiap kampung pada setiap kali Hari Raya Korban


Permintaan ini agak melampau. Tapi dia orang kata ini bukan permintaan tetapi janji YB Zainuddin sendiri khusus untuk orang Lubuk Merbau.

" Inilah janji yang menyebabkan kami kerja setengah mati untuk dia pada tahun 2008 ", kata salah seorang daripada mereka.

source : daengselili

No comments: