Wednesday, 22 April 2015

KENAPA 'CUCU MAT KILAU' TIDAK LAYAK BERTANDING CALON BEBAS ???


KUANTAN 22 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menerima borang pencalonan Mohd Shukri Mohd Ramli sebagai calon Bebas kerana tidak menyerahkan penyata perbelanjaan ketika bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Mohd Shukri atau nama komersialnya, Cucu Mat Kilau (CMK) adalah antara  lapan calon Dun dan empat calon Parlimen yang melanggar syarat untuk menyerahkan penyata perbelanjaan berkenaan dalam tempoh sebulan selepas keputusan PRU13 diwartakan.

"Bagi calon Parlimen, mereka perlu mengemukakan penyata untuk membuktikan perbelanjaan semasa kempen tidak melebihi RM200,000 dan calon Dun (tidak melebihi RM100,000). Jika mereka gagal, mereka tidak dibenarkan bertanding pada mana-mana pilihan raya dalam tempoh lima tahun," katanya.
    
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, pihaknya yakin peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini boleh mencapai sasaran iaitu 80 peratus meskipun hari pengundian pada 5 Mei adalah hari berkerja.
    
Beliau berkata, ia berdasarkan jumlah 86 peratus pengundi keluar mengundi di kerusi Parlimen Rompin pada PRU13.
 
"Pengundi berdaftar diminta menyemak maklumat seperti pusat mengundi, nombor siri dan saluran bagi memudahkan proses pengundian pada 5 Mei depan antaranya dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR di talian 0388927000 atau Pejabat SPR Pahang (095165025).
 
"Mereka juga boleh menyemak di laman web.www.spr.gov.my dengan memasukkan nombor MyKad dan sms (SPR <jarak> no MyKad dan hantar ke 15888, katanya.


Di Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Perak Rompin, Pahang, pagi tadi.... Blogger, Mohd Shukri Mohd Ramli yang ingin bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin gagal menyerahkan borang pencalonan kerana tidak membawa pencadang dan penyokong.

Mohd Shukri yang menggunakan nama komersial Cucu Mat Kilau (CMK) dan dipercayai bertanding atas tiket Bebas, tiba di pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, kira-kira jam 9.45 pagi namun tidak dapat menghantar borangnya.

Sementara itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Fadzilla Salleh sebentar tadi mengumumkan tempoh penyerahan borang pencalonan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin ditutup tepat pada jam 10 pagi.

Hanya calon BN, Datuk Hasan Arifin dan calon PAS, Nazri Ahmad menyerahkan borang pencalonan sebaik pusat penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi. 

No comments: