Tahniah buat Datuk Nicol Ann David yang hari ini dianugerah dengan pangkat pegawai kehormat dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud memakaikan pangkat Mejar kepada Nicol pada majlis yang berlangsung di Kementerian Pertahanan di sini. Pemilihan Nicole sebagai menghargai semangat juang Nicol sehingga muncul pemain nombor satu dunia.
Sementara itu, Nicol melahirkan rasa terima kasih di atas pengiktirafan pencapaiannya dan beliau tidak sabar mengikut program disediakan oleh TUDM terutama kelas penerbangan.
No comments:
Post a Comment