Wednesday 19 September 2012

UMAT ISLAM HARAM UNDI NGEH, BUKAN AKU CAKAP, MUFTI PERAK YANG CAKAP...!!!


Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Haji Zakaria hari ini mengingatkan umat Islam akan hukum haram mengundi atau menyokong wakil rakyat yang menghina nabi Muhammad SAW dan agama Islam dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Katanya, umat Islam mestilah menolak wakil rakyat yang cenderung ke arah merosakkan negara dan cuba mencetuskan permusuhan antara kaum.
 Menurutnya hukumnya menjadi haram kerana perbuatan mengundi wakil rakyat itu boleh mendedahkan rakyat di negara ini kepada kebinasaan.
“Orang Islam tidak boleh bersekongkol dengan orang yang memusuhi agama Islam. Tindakan yang dibuat oleh YB Ngeh itu sebagai satu tindakan yang tidak peka dengan perasaan orang Islam kerana dia bukan orang Islam.
Cuba kalau agama dia (Ngeh) yang kena, saya ingat lebih teruk dia akan mengamuk,’’ katanya.
Beliau juga berpendapat bahawa tindakan undang-undang wajar diambil ke atas sesiapa sahaja yang menghina nabi dan agama Islam dan Ngeh seharusnya tidak terkecuali kerana perbuatannya jelas cuba mencetuskan kacau bilau.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan protes umat Islam di seluruh dunia membantah secara besar-besaran pembikinan filem ‘Innocence of Muslims’ yang menghina nabi  Muhammad SAW sebagai membuang masa dan tenaga.
Semalam menerusi laman Twitternya, Ngeh didakwa mengeluarkan kenyataan provokasi sebagai reaksi  kepada hasrat Ketua Pemuda UMNO , Khairy Jamaluddin untuk bergabung dengan Pemuda PAS mengadakan protes terhadap filem arahan Sam Bacile itu.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Forum Pendermaan Organ di Kompleks Rawatan Harian, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh hari ini.
Beliau juga menjelaskan dari segi syarak umat Islam termasuk pemimpin Islam dalam pembangkang  tidak boleh bersekongkol sama sekali dengan orang yang memusuhi Islam kerana itu dianggap sebagai harbi.
“Harbi ialah orang yang memerangi kita, orang yang mencari kesempatan untuk menjatuhkan kita,’’ katanya.
Sehubungan dengan itu beliau menasihati  pemimpin-pemimpin PAS supaya tidak bersikap membisu dalam soal penghinaan Ngeh terhadap nabi dan agama Islam.
“Saya lihat orang Pas masih berdiam diri dalam soal ini ,’’ katanya, sambil menambah keadaan ini disebabkan wujud satu kebencian dalam diri mereka terhadap kerajaan yang ada.
“Jadi mereka sudah tidak kira lagi, apa yang penting ialah untuk men jatuhkan kerajaan.
“Kita orang Islam wajib bersatu,  walau dalam apa pun keadaan yang kita hadapi kita mesti  bersatu, perbezaan pendapat itu masalah lain. Ianya lumrah manusia untuk mencapai kemajuan kerana dengan perbezaan itu datangnya idea baru yang lebih baik,” katanya.
 Mufti itu sekali lagi mengingatkan rakyat supaya mengundi wakil rakyat yang boleh menolong, membangunkan negara serta yang boleh memajukan dan memastikan keamanan.

Perak News

No comments: