Showing posts with label NICOL ANN DAVID. Show all posts
Showing posts with label NICOL ANN DAVID. Show all posts

Sunday, 30 September 2012

NICOL TEWAS LAGI DALAM MASA 2 MINGGU


KUALA LUMPUR – Hasrat jaguh No. 1 dunia, Datuk Nicol David untuk mencipta rekod memenangi 63 kejuaraan Jelajah Wispa (Persatuan Pemain Skuasy Profesional Wanita) tertangguh lagi selepas dia mengalami kekalahan kedua berturut-turut tahun ini apabila tersingkir pada kejohanan Terbuka Carol Weymuller di New York, kelmarin.

Wednesday, 19 September 2012

TAHNIAH : DATUK NICOL DAPAT ANUGERAH MEJAR KEHORMAT TUDM




Tahniah buat Datuk Nicol Ann David yang hari ini dianugerah dengan pangkat pegawai kehormat dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud memakaikan pangkat Mejar kepada Nicol pada majlis yang berlangsung di Kementerian Pertahanan di sini. Pemilihan Nicole sebagai menghargai semangat juang Nicol sehingga muncul pemain nombor satu dunia.

Sementara itu, Nicol melahirkan rasa terima kasih di atas pengiktirafan pencapaiannya dan beliau tidak sabar mengikut program disediakan oleh TUDM terutama kelas penerbangan.