Wednesday 19 September 2012

PAS PERAK SOKONG KENYATAAN NGEH.... TAKUT HILANG UNDI CINA, YOP!!!!


abu-bakar-hussain

Seperti dijangkakan, PAS tetap mempertahankan DAP walaupun terang-terangan kalangan pemimpin parti berasaskan kaum Cina itu sememangnya terang-terangan menolak Islam.
Sejak Pengerusi DAP Datuk Ngeh Koo Ham menimbulkan kontraversi dengan mengeluarkan kenyataan di laman twitternya semalam, pelbagai pihak sama ada pemimpin Barisan Nasional dan pembangkang mengecam perbuatan ADUN Sitiawan itu yang dikatakan lansung tidak mempunyai sensitiviti terhadap perasaan umat Islam ketika ini.
Namun, Pesuruhanjaya PAS Negeri Abu Bakar Hussian mempertahankan kenyataan Ngeh itu dengan menyatakan Pengerusi DAP itu tidak bermaksud menghina orang Islam dan juga Rasulullah.
“Dia tidak bermaksud menghina orang Islam dan juga Rasulullah tetapi sekadar mempersoalkan keikhlasan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengajak umat Islam di Malaysia supaya berhimpun dan membantah filem “ Innocence of Muslims”.
“Saya berpendapat komen Ngeh lebih kepada mempersoalkan keikhlasan Khairy untuk berhimpun dan membantah filem. Dia tidak ada niat buruk disebalik kenyataan twitternya,” kata Abu Bakar.
Berlainan pula dengan PKR yang ternyata tidak suka dengan kenyataan Ngeh. 
Ketua Penerangan PKR Negeri Zulkifli Ibrahim menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Ngeh itu mencerminkan satu pemikiran yang kurang matang kerana menggangap penetangan umat Islam terhadap filem ‘Innocence of Muslims’ sebagai membuang masa dan tenaga.
Beliau memberi amaran kepada Ngeh supaya jangan buat kenyataan yang boleh merenggangkan hubungan antara kaum dan agama kerana ianya sangat berbahaya.
“Ngeh kena tahu jaga sensitiviti agama dan budaya setiap kaum dan ia wajib dihayati oleh semua,” kata Zulkifli yang juga Timbalan Pengerusi Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Menurutnya lagi semua bangsa tidak mengira agama wajib menghormati kedudukan mulia yang berkaitan dengan Islam.
“Saya memberi kenyataan bukan mewakili mana-mana parti atau pihak tetapi sebagai seorang yang mempertahankan agama Islam, bukan saja Ngeh tetapi semua orang patut menghormati sensitiviti agama lain,” katanya.
PAS perjuangkan Islam kah...???

No comments: