Thursday 5 July 2012

RAWATAN PEMULIHAN TETAPI DI CACAH TATU TANPA SEDAR....????

GAMBAR HIASAN

“Sebaik terjaga dari tidur, saya berasa sakit dan pedih pada kedua-dua pangkal lengan sebelum terkejut melihat tatu berlambang tengkorak bersama sarang labah-labah serta tulisan yang sukar difahami.
“Saya bersama rakan lain langsung tidak sedar ketika kedua-dua lengan dicacah tatu kerana kami semua diberikan pil tidur mengandungi dos terlalu kuat,” kata Fae.


'TAK LOGIK KERJA KAMI'


“Tidak logik,” begitu kata pengasas Pusat Rawatan dan Pemulihan Dadah Darul Hanan, Mohd Zain Abu Bakar, 77, menafikan dakwaan seorang pelatih yang melarikan diri dari pusat pemulihan itu selepas mendakwa diberikan ubat tidur sebelum tangannya dicacah tatu.

Mohd Zain berkata, pusat pemulihan dadah diasaskannya sejak 13 tahun lalu itu hanya menawarkan rawatan secara Islam dan tidak mungkin melakukan perkara bertentangan ajaran Islam.

“Persoalannya mengapa kami mahu lakukan seperti didakwa sedangkan kami tidak pernah menggunakan sebarang kekerasan dan tekanan untuk merawat pelatih.

“Kami menggunakan kaedah rawatan Islam menggunakan air penawar, solat hajat dan zikir dan jika pelatih itu yang dibawa ke sini mempunyai tatu, kami akan membuangnya,” katanya ketika ditemui di Pusat Rawatan Darul Hanan di Kampung Lembor.

Harian Metro mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan seorang remaja berusia 19 tahun yang dikatakan mendapatkan rawatan pemulihan di pusat terbabit, namun terkejut apabila mendapati dirinya ditatu tanpa disedari.

Mohd Zain menegaskan pihaknya tidak tergamak untuk menganiaya pelatih terbabit, apatah lagi pusat pemulihan itu berlesen dan dipantau sepenuhnya Kementerian Kesihatan dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Segala ubat digunakan diperoleh dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) atas nasihat doktor.

“Tidak mungkin kami akan melakukan rawatan yang melanggar peraturan dan prosedur ditetapkan,” katanya.

Mengenai bayaran terlalu mahal dikenakan pihaknya, beliau berkata, perkara itu sudah dijelaskan terlebih dulu kepada ibu bapa pelatih.

“Selepas kita cerita dari A hingga Z, mereka faham dan bersetuju dan tidak sabar mahu menghantar anak mereka.

“Kami mengenakan bayaran berpatutan RM500 untuk makanan dan kos rawatan,” katanya.

No comments: