Thursday 5 July 2012

TEMPOH EDAH TIDAK HALANG TAN SRI INTAI RAJA AZMI


Walaupun baru memegang status single & available, produser filem sensasi Raja Azmi Raja Sulaiman semakin hot.

Khabarnya, Raja Azmi juga sudah punya admirer (peminat) dan ada di antara mereka ini berusaha untuk mendekati dirinya.

Salah seorang daripadanya berstatus Tan Sri. Khabarnya dia sudah lama meminati Raja Azmi. Namun, selepas mengetahui Raja Azmi sudah putus kahwin dengan pemain badminton negara, Jailani Sidek, Tan Sri berkenaan dikatakan mahu mengenali Raja Azmi secara serius.

Khabarnya Tan Sri berkenaan jarang berada di dalam negara kerana punyai beberapa bisnes di luar. Siapa agaknya Tan Sri berkenaan ya?  Bagaimana pula reaksi Raja Azmi bila Tan Sri berkenaan mahu mendekatinya?


No comments: