Thursday 5 July 2012

FAN PAGE BN BERUBAH ARAH KECEWA TIDAK DAPAT IMBUHAN...???

Memang benar, sejak hari pertama page ini berubah arah, penulis telah perhatikan. Tetapi, tidak ingin berburuk sangka, penulis hampir percaya bahawa ianya telah di 'hack'.....


Rupa-rupanya tanggapan itu salah, terima kasih kepada Double - Y kerana pendedahan mengenainya di blog beliau.... Kita ikuti......



Kecewa Tidak Diiktiraf Peranannya - Seorang Lagi Pejuang Siber BN Bawa Diri




Tiga hari lepas page 'Isu Politik Semasa'atau IPS yang merupakan 'fan page' kedua terbesar dan terbanyak pro-BN mula menukar haluan perjuangan beliau ekoran kekecewaan beliau dengan Barisan Nasional yang gagal menjaga kebajikan para facebookers.

Admin page tersebut mula menyatakan sokongan terbuka kepada PAS dan Pakatan Rakyat malah mengutuk segala perbuatan BN yang beliau pertahankan selama ini.



Saya sendiri cuba menghubungi beliau untuk bertanyakan tentang permasalahan yang dihadapi, menurutnya tiada guna lagi untuk beliau terus mempertahankan UMNO jika UMNO serta para pembesar kerajaan sendiri tidak pernah mengiktiraf peranan facebookers seperti beliau.

Saya cuba memujuk beliau untuk kembali bersama BN tetapi ternyata kekecewaan admin 'Isu Politik Semasa' terhadap BN membuatkan saya gagal menulihkan semula semangat beliau untuk bersama UMNO.

Kita dah cuba membantu yang terdaya, akhirnya beliau tetap berpendirian ingin bersama Pakatan Rakyat. Katanya selepas beliau menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat, berpusu-pusu pihak sana menawarkan segala kemudahan untuk beliau terus berjuang.

Tidak mahu mengulas panjang, saya cuma mahu mengutarakan beberapa soalan kepada para pembesar BN yang hanya memuja segelintir pihak sedangkan masih ramai lagi pejuang-pejuang siber yang belum terbela.

Soalan saya...

Apa akan jadi sekiranya perkara ini berlaku kepada page-page pro BN yang lain pada malam sebelum hari pengundian?

Apa akan jadi jika semua admin group pro BN berubah arah dengan memainkan persepsi buruk kepada BN pada malam pengundian?

Apa yang BN mampu lakukan?

Sejak berubah arah saya lihat makin ramai pihak sana menyatakan sokongan kepada beliau, malah daya tarikan kepada page tersebut semakin banyak.



DI SINI

2 comments:

Anonymous said...

Hanya 'riverse psychology' aja la dik...hari ini, fanpage tu dh kembali normal. try check tgk :
/www.facebook.com/isupolitiksemasa.fanpage

Anonymous said...

Hahaha... satu taktik bijak dari IPS. Wakenabeb! http://www.cywarputrajaya.com/pencacai-pakatan-anak-haram-kena-prank