Showing posts with label TATOO. Show all posts
Showing posts with label TATOO. Show all posts

Thursday, 5 July 2012

RAWATAN PEMULIHAN TETAPI DI CACAH TATU TANPA SEDAR....????

GAMBAR HIASAN

“Sebaik terjaga dari tidur, saya berasa sakit dan pedih pada kedua-dua pangkal lengan sebelum terkejut melihat tatu berlambang tengkorak bersama sarang labah-labah serta tulisan yang sukar difahami.
“Saya bersama rakan lain langsung tidak sedar ketika kedua-dua lengan dicacah tatu kerana kami semua diberikan pil tidur mengandungi dos terlalu kuat,” kata Fae.


'TAK LOGIK KERJA KAMI'


“Tidak logik,” begitu kata pengasas Pusat Rawatan dan Pemulihan Dadah Darul Hanan, Mohd Zain Abu Bakar, 77, menafikan dakwaan seorang pelatih yang melarikan diri dari pusat pemulihan itu selepas mendakwa diberikan ubat tidur sebelum tangannya dicacah tatu.

Mohd Zain berkata, pusat pemulihan dadah diasaskannya sejak 13 tahun lalu itu hanya menawarkan rawatan secara Islam dan tidak mungkin melakukan perkara bertentangan ajaran Islam.

“Persoalannya mengapa kami mahu lakukan seperti didakwa sedangkan kami tidak pernah menggunakan sebarang kekerasan dan tekanan untuk merawat pelatih.

“Kami menggunakan kaedah rawatan Islam menggunakan air penawar, solat hajat dan zikir dan jika pelatih itu yang dibawa ke sini mempunyai tatu, kami akan membuangnya,” katanya ketika ditemui di Pusat Rawatan Darul Hanan di Kampung Lembor.

Harian Metro mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan seorang remaja berusia 19 tahun yang dikatakan mendapatkan rawatan pemulihan di pusat terbabit, namun terkejut apabila mendapati dirinya ditatu tanpa disedari.

Mohd Zain menegaskan pihaknya tidak tergamak untuk menganiaya pelatih terbabit, apatah lagi pusat pemulihan itu berlesen dan dipantau sepenuhnya Kementerian Kesihatan dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Segala ubat digunakan diperoleh dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) atas nasihat doktor.

“Tidak mungkin kami akan melakukan rawatan yang melanggar peraturan dan prosedur ditetapkan,” katanya.

Mengenai bayaran terlalu mahal dikenakan pihaknya, beliau berkata, perkara itu sudah dijelaskan terlebih dulu kepada ibu bapa pelatih.

“Selepas kita cerita dari A hingga Z, mereka faham dan bersetuju dan tidak sabar mahu menghantar anak mereka.

“Kami mengenakan bayaran berpatutan RM500 untuk makanan dan kos rawatan,” katanya.

Thursday, 7 June 2012

TATOO YANG MERAPU DAN GILA..!!!

ADMIN sekadar ingin memaparkan beberapa tatoo yang menjadi kegilaan sebahagian manusia di mukabumi ini yang seolah-olah tidak menghargai kulit mulus yang dianugerahkan oleh Yang Maha Pencipta....

Jangan lupa akhiran pada paparan ini..... ada ilmu untuk menambahkan pengetahuan.....

TETAPI, TERLEBIH DAHULU.....

Jom lihat tatoo2 pelik utk orang2 yang berimaginasi pelik....!!




2 gambar di atas mungkin boleh dikategorikan sebagai.... 'mendukung biawak hidup'...hehehe

Adakah umat islam dibenarkan bertatoo?
Mungkin segelintir daripada kita akan mengatakan haram...bagus...anda faham tntg agama..tapi bagaimana pula dengan sebilangan yang lain?


'Aku buktikan bahawa Tarantula tidak beracun'....!!


'Putus sambung kembali"....


'Gigi yang putih berseri'...


Mungkin pemilik tatoo ni tidak berpuashati dengan ketiaknya yang gelap..... hahaha!!


Tokeh syabu ke ni....???


'Kepala hotak kau..!!!'


Dah ilang kedut.....



Tidak kira tatoo itu betulis ayat quran sekalipun, apa yang haram maka tetap haram melainkan dalam keadaan darurat. Persoalannya, kedaruratan apakah yang memaksa seseorang muslim itu bertatoo? Tepuk dada tanyalah diri sendiri!!!
Mari sama-sama kita ikuti hukum bertatoo menurut Portal Rasmi Fatwa Malaysia.
____________________________________________________
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 24 April 2009 telah membincangkan Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jika tidak mendatangkan sebarang kemudharatan.

Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudharatan pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan. Bagi orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia, maka tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat tersebut.

Muzakarah juga berpandangan bahawa pihak berkuasa yang meluluskan lesen membuka premis membuat tatu perlu mengenakan syarat iaitu pemilik dan pekerjanya mestilah bukan beragama Islam di samping orang Islam dilarang sama sekali mencacah tatu di premis tersebut.

Keterangan/Hujah:

1. Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam. Ini berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud:

Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)

2. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud :

Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya”. (Riwayat al-Thabrani)

3. Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana perkataan laknat dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman perbuatan tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan menjadi najis.

4. Islam tidak memberatkan umatnya. Kaedah yang digunakan iaitu sekiranya sesuatu yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya dan mudharat pada diri, maka ia perlu dielakkkan. Kaedah ini juga terpakai bagi seorang muslim yang bertatu dan telah bertaubat daripada perbuatan tersebut.

5. Banyak cara diperkenalkan untuk menghilangkan tatu dan orang yang memakai tatu perlu berusaha untuk menghilangkannya dan menggunakan cara yang tidak membahayakan diri dan nyawa mereka.

6. Mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan bertaubat dari perbuatan tersebut tetapi tidak boleh menghilangkannya dengan cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain.

Sumber: E-Fatwa