Thursday 5 July 2012

RESPON GELABAH NIK AZIZ ANWAR NAK BERSARA....


Teknik terbaru Anwar Ibrahim yang mungkin akan bersara dari PKR dan semua dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya pada PRU13 telah membuat Pok Nick tersentak dan membuat beliau memberi kenyataan cukup pantas.

Lihat kenyataan Anwar di Financial Time, di sini

Pok Nick sebagai Mursyidul Am PAS, cukup-cukup tidak bersetuju dengan hasrat Anwar yang mahu kembali menjadi pendidik.  Ini katanya berpolitik juga adalah mengajar.

“Bezanya medan politik mengajar rakyat, medan akademik mengajar mahasiswa”

“Justeru, saya kurang bersetuju jika dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat!”  - Pok Nick


Ilmu kata laluan "Mokhtar", jangan lupa...


Yang menjadi peliknya, apa yang Anwar mengajar rakyat selain dari merusuh, memutar belit, mengumpul harta kekayaan dan bagaimana melepaskan diri apabila didapati bersalah kerana ber-ChinaDoll. Tidak lupa juga Anwar memberi pengajaran sonsang mengenai Lesbian-Gay. Termasuk mengajar ilmu mengumpul mat-mat Jambu sana sini.

Kita akan mengingati Anwar kerana mengajar rakyat bagaimana melepaskan diri setelah didapati membontoti Saiful.

Yang pastinya, Pok Nick telah mulai risau apa yang akan jadi pada nasib Pakatan Rakyat selepas PRU13 nanti, kerana hasrat menawan Putrajaya dikenal pasti amat tipis sekali.

Malahan pula, satu persatu Anwar dicaj di mahkamah mengenai kesalahan beliau semasa penglibatan Bersih 3.0.

Pok Nick sudah bersuara. Mana Lim Kit Siang? Mana Karpal Singh?
Khabarnya Karpal Singh terlentang tiga suku sedang bersabung nyawa.

Perginya Anwar bersama perginya Karpal akan menamatkan riwayat Pakatan Rakyat.

HHalem

No comments: