Friday, 13 April 2012

KELUARGA MALENG..!!!

Bila Satu Keluarga Turun Mencuri

Pertama sekali, penulis terperanjat melihat berapa ramai yang ada dalam kumpulan ini.
Berbelas orang rasanya. Habis seluruh kawasan jual baju itu dipenuhi dengan kumpulan berkenaan.
Ada yang masih remaja. Apa punya contoh dan didikan yang diaorang bagi pada keturunan diaorang?
Penulis yakin sebahagian besar daripada mereka ini berkeluarga.
Paling memalukan, datang dengan bertudung, berbaju kurung macam orang kampung yang tak tahu apa-apa.
Namun kepala ligan buat kerja jahat. Keluar masuk keluar masuk buat kerja mencuri.
Bayangkan, dalam masa tak sampai tujuh minit, kosong tempat peraga baju. Nyorok kat celah kangkang pulak tu!
Pastinya ini bukan pertama kali kumpulan berkenaan bertindak, nampak mereka mahir. Cuma mereka tidak menduga gerak-geri meraka sedang dirakam.
Kalau mengikut beberapa blog, kejadian itu berlaku di kedai alatan sukan Al-Ikhsan.
Bila kejadian ini berlaku, maaf penulis tidak tahu. Ada yang mengatakan ia berlaku pada bulan Ramadan tahun 2010.
Apa yang penulis tahu ia memalukan dan memeranjatkan bagaimana manusia boleh bersatu dengan begitu baik untuk buat kerja jahat.
*** Bila difikir2.... kejadian ini tak mungkin berlaku.... tapi rakaman cctv telah membuktikannya. BICARA PERJUANGAN nyatakan demikian kerana setiap kali mengunjungi kedai alatan sukan Al-Ikhsan, tidak pernah dibiarkan keseorangan samada di ruang jualan kasut, baju, alatan dan pakaian, semestinya akan diekori oleh salesgirls atau salesman yang bertugas..... kekadang rimas juga bila sedang membelek2 diperhatikan.... 

No comments: