Friday, 13 April 2012

KEJAM..!!! DIBAKAR HIDUP-HIDUP GARA-GARA GAGAL LAHIRKAN ANAK LELAKI..!!!

Ini betul-betul kerja gila dan manusia yang langsung tidak berperikemanusiaan!!!

Lahore – Seorang ibu mati selepas dibakar hidup-hidup oleh keluarga mertuanya , ketika wanita berkenaan sedang menonton televisyen hanya semata-mata dituduh gagal melahirkan anak lelaki.
Dalam kejadian itu, Sobia Bibi, 25, ibu kepada seorang anak perempuan, telah dicurah petrol sebelum dibakar di rumah yang diduduki bersama keluarga suaminya itu.
Menurut pegawai penyiasat polis, Inspektor Muhammad Hussain, empat orang telah ditahan termasuk ibu mertuanya yang berusia 90 tahun.
Sobia dilaporkan mempunyai hubungan yang baik dengan suaminya, namun ketika kejadian, suaminya bekerja di Karachi.
Namun dia dilaporkan sering bergaduh dengan anggota keluarga mertuanya itu.
Sementara itu, kakak iparnya, Zahida Bibi dilaporkan telah mengaku melakukan jenayah berkenaan.
Jelasnya, cubaan kali pertama untuk membakar Sobia gagal selepas wanita itu melarikan diri dengan masuk ke dalam bilik, namun mereka berjaya membakarnya dalam cubaan kali kedua.
Dalam pada itu, bapa saudara mangsa, Muhammad Afzal berkata, Sobia sering didera oleh keluarga mertuanya itu dan dia dibakar sebagai hukuman kerana gagal melahirkan anak lelaki.
Gambar Hiasan
Menurut Afzal, ketika dia dan beberapa saudara mara yang lain memasuki rumah berkenaan, mereka terkejut selepas melihat tubuh Sobia yang rentung di atas sofa.
Ketika itu, keluarga mertua Sobia mendakwa wanita itu mati akibat terkena renjatan elektrik.

No comments: