Tuesday, 1 January 2013

SEKOLAH UNTUK ORANG SESAT....!!!


Yahudi semakin sesat ..(Yahudi memang sesat !!!). Di negera Zionis itu ada sekolah yang bakal lahirkan lulusan dengan gelaran ‘nabi’.
Sekolah bernama ‘Cain and Abel School for Prophet’ itu mengenkan bayaran 200 shekel (sekira 53 dolar AS) bagi siapa saja yang berniat memiliki gelaran nabi. Untuk mendapatkan gelar Nabi, para pelajarnya hanya perlu mengikuti 40 kelas yang singkat.
Sekolah tersebut memberikan sijil kepada sesiapa yang lulus. Peraturan di sekolah itu juga tidak ketat.

APA MOTIF 'RISALAH BENDERA RAKYAT' DISEBARKAN....???



Bosan dengan kerenah juak-juak Pakatan Haram daripada PAS, DAPig dan PGayR yang tidak jemu-jemu dan istiqamah melakukan kekacauan demi kekacauan dalam memastikan keadaan ekonomi dan politikal negara berada di dalam keadaan yang tidak stabil.


Sebentar tadi, Pakatan Haram telah mengerahkan golongan mahasiswa yang tidak mengenang budi yang dikenali sebagai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) untuk hadir ke Dataran Merdeka sewaktu upacara rasmi Rumah Terbuka Hari Krismas Kebangsaan diadakan di situ. Mereka yang tiba berkumpulan kelihatan mengedarkan risalah-risalah di atas. 

KENAPA HADI AWANG TIBA-TIBA KEMARUK SANGAT DENGAN TV3 DAN RTM...???



Media siber atau media baru bukanlah asing bagi PAS. Malah komunikasi di kalangan pemimpin dan penyokong PAS hari ini lebih cepat dan berkesan dengan penggunaan teknologi baru. Sebab itu mudah bagi PAS menggembleng penyokong menyertai aktivitinya.Oleh itu adalah kurang munasabah bagi PAS masih mahu menuntut supaya presiden mereka diberi peluang untuk membuat penjelasan berhubung Amanat kontroversil yang dikeluarkannya 31 tahun lalu di televisyen arus perdana.

Sudah pasti PAS tahu bahawa tidak mungkin permintaan ini dipenuhi. Sudah berulang kali diperdebatkan soal keperluan pihak pembangkang diberi peluang bersuara melalui media awam seperti radio dan televisyen bagi menjelaskan pendirian politik mereka, tetapi ditolak.

JOM TENGOK.... PERDANA MENTERI, NIK AZIZ ATAU NIZAR YANG SESAT....???


Agak melucukan bagi seorang yang bergelar Mantan Menteri Besar Perak, di dalam laman sosial Twitternya semalam menuduh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak mengajar ajaran sesat dan meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan mengharamkan tabiat khurafat UMNO. 

Nizar Lambai yang selama ini menjadi kuda tunggagan DAPig mempertikaikan isyarat tangan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib Tun Razak. Apa masalahnya dengan isyarat tersebut? Bukankah sewaktu kita bertahiyyat, isyarat yang sama (mengangkat jari telunjuk) dilakukan untuk mengakui keesaan Allah SWT? Apakah Nizar Lambai menggunakan jari hantu, ibu jari, jari kelingking atau jari kaki sewaktu bertahiyyat?

Monday, 31 December 2012

SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2013


TEMAN mewakili pihak pengurusan dan admin blog BICARA PERJUANGAN dengan ini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI 2013.

Lumrah kehidupan, salah dan silap pasti tidak dapat dielakkan, untuk itu dengan rendah hati, teman ingin memohon maaf di atas segala keterlanjuran kata dan terkasar bahasa sepanjang bicara setiap artikel yang dipaparkan. Terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan sepanjang tahun ini. Segala teguran dan kejian, teman ambil pengajaran dan jadikan inspirasi untuk meneruskan Perjuangan kehidupan.... 

Menghadapi PRU 13 tahun 2013 (kombinasi angka yg menarik ekk!), Ayuh kekalkan UMNO/BN sebagai tampok kepimpinan negara, DULU, KINI DAN SELAMANYA...... 
In sya Allah. 

SEMOGA 2013 TERUS MEMBERIKAN HARAPAN DAN KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA.

Terima kasih........

BAYARAN BR1M 2.0 BERMULA FEBRUARI 2013



KUALA LUMPUR 31 Dis. - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.

Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) telah diterima sehingga hari ini di mana ia melibatkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya.

Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.

TAHUKAH ANDA.....???