Tuesday 1 January 2013

JOM TENGOK.... PERDANA MENTERI, NIK AZIZ ATAU NIZAR YANG SESAT....???


Agak melucukan bagi seorang yang bergelar Mantan Menteri Besar Perak, di dalam laman sosial Twitternya semalam menuduh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak mengajar ajaran sesat dan meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan mengharamkan tabiat khurafat UMNO. 

Nizar Lambai yang selama ini menjadi kuda tunggagan DAPig mempertikaikan isyarat tangan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib Tun Razak. Apa masalahnya dengan isyarat tersebut? Bukankah sewaktu kita bertahiyyat, isyarat yang sama (mengangkat jari telunjuk) dilakukan untuk mengakui keesaan Allah SWT? Apakah Nizar Lambai menggunakan jari hantu, ibu jari, jari kelingking atau jari kaki sewaktu bertahiyyat?

Sebelum menegur perbuatan orang lain melakukan ajaran sesat atau syirik kepada Allah, Nizar Lambai sepatutnya melihat perbuatannya yang lepas-lepas dan bermuhasabah. Antaranya, beliau pernah tunduk menghormati mayat Teoh Beng Hock, beliau juga pernah menyertai acara vigil iaitu memegang lilin bagi menghormati roh Teoh Beng Hock dan beliau pernah mengikuti upacara perarakan Deepavali? Apakah ini tidak sesat dan syirik bagi Allah sebagai seorang yang mengaku beragama Islam wahai Nizar Jamaluddin? 

Cuba lihat gambar-gambar di bawah....





Kalau DS Najib buat sesat, apakah Nik Aziz Nik Mat juga sesat?


Kredit to : CTS

BP :  Kalau dah biol bahalol tu janganlah melantun-lantun smpai bertingkat-tingkat....!!!

No comments: