Tuesday, January 1, 2013

KENAPA HADI AWANG TIBA-TIBA KEMARUK SANGAT DENGAN TV3 DAN RTM...???



Media siber atau media baru bukanlah asing bagi PAS. Malah komunikasi di kalangan pemimpin dan penyokong PAS hari ini lebih cepat dan berkesan dengan penggunaan teknologi baru. Sebab itu mudah bagi PAS menggembleng penyokong menyertai aktivitinya.Oleh itu adalah kurang munasabah bagi PAS masih mahu menuntut supaya presiden mereka diberi peluang untuk membuat penjelasan berhubung Amanat kontroversil yang dikeluarkannya 31 tahun lalu di televisyen arus perdana.

Sudah pasti PAS tahu bahawa tidak mungkin permintaan ini dipenuhi. Sudah berulang kali diperdebatkan soal keperluan pihak pembangkang diberi peluang bersuara melalui media awam seperti radio dan televisyen bagi menjelaskan pendirian politik mereka, tetapi ditolak.




Justeru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang seharusnya peka bahawa “serangan” mutakhir yang dilancarkan oleh media yang dikatakan pro-kerajaan ini tidak mungkin akan memberinya peluang menghuraikan latar belakang dan tujuan beliau mengeluarkan amanat yang mengkafirkan Umno pada tahun 1981 itu.Apatah lagi jika di antara tuntutan beliau kali ini ialah program penjelasannya itu mesti dibuat secara langsung demi memastikan tidak ada suntingan boleh dibuat terhadap inti keterangannya kelak.Malah PAS awal-awal lagi menyatakan bahawa dalam program ia hanya mahu Haji Hadi seorang sahaja dipaparkan dan ia enggan ada panel untuk mengajukan sebarang soalan kepada presiden PAS itu.

Muncul di TV, PAS ada agenda tersembunyi

Bagaimanapun bak kata orang tua-tua, “jika tidak ada-ada, tidakkan tempua bersarang rendah”. Tentu Haji Hadi dan PAS ada agenda lain ketika membuat cadangan sedemikian.Dengan mengusulkan supaya diberi peluang membuat penjelasan di kaca televisyen dengan keyakinan bahawa ia pasti ditolak, Hadi dan PAS memang mahu menyambut reaksi kerajaan itu sebagai satu dalil lagi bahawa kerajaan memang tidak bersikap adil terhadap PAS. Dalam istilah popular PAS - kerajaan zalim.

Mungkin ini akan dijadikan satu strategi komunikasi PAS untuk menghimpun peluru menyerang dan menyemarakkan lagi kebencian rakyat dan penyokong PAS khususnya terhadap kerajaan. Dengan mengalih fokus daripada isu amanat yang kontroversil itu, Hadi dan PAS kini akan mengajak rakyat memusatkan perhatian kepada persoalan akses media.

Akhirnya, isu kesan dan hukum amanat Haji Hadi akan berlalu begitu sahaja dan perhatian akan kembali kepada usaha memperkasa serangan pada soal ketidakadilan Umno dan kerajaan Barisan Nasional.

Soalnya mengapa PAS mahu mengelak isu ini berpanjangan? BACA SETERUSNYA.... DI SINI