Monday, 24 March 2014

#MH370 - IBU TUA MENGAKU TIDAK DIKASARI OLEH POLIS MALAYSIA



Menyedihkan… itulah yang dapat disimpulkan apabila melihat video seorang ibu yang masih menanti kepulangan anaknya hingga ke hari ini.
Ibu itu adalah warga China, Liu Guiqui yang anaknya merupakan salah seorang penumpang pesawat MH730 yang masih belum diketahui khabar beritanya hingga ke hari ini.

UMAT ISLAM TERLEBIH BARAT DARIPADA BARAT ... ???

Hiasan

SELAMA dua minggu lepas saya bersama isteri berada di Madinah dan Makkah mengerjakan umrah.

Kami merasa sangat gembira mendapat peluang beribadat di sana setelah lebih setahun tidak mengunjungi Kaabah Baitullah dan Makam Rasulullah SAW di Madinah sewaktu memulakan perjalanan kami juga merasa lega sedikit kerana dapat melepaskan diri daripada cengkaman jerebu yang semakin menjadi-jadi menyelubungi Kuala Lumpur.

#PRKKAJANG - ANALISIS PKR VS BN


PKR dilihat berjaya mendapat kemenangan lebih besar dalam PRK DUN Kajang apabila berjaya meningkatkan peratusan undinya, walaupun majoritinya kurang berbanding PRU13 yang lalu di samping berjaya menembusi kubu kuat UMNO di kawasan majoriti Melayu. 

#MH370 - KAPAL PEMECAH AIS DARI CHINA PUN TURUT SERTAI SAR ???


Kapal pemecah ais China, Xuelong dijangka tiba Selasa depan di kawasan selatan Lautan Hindi yang dikatakan mungkin terdapat serpihan pesawat MH370 dikesan menerusi imej satelit. 

Kapal penyelidik Antartik itu kini kira-kira 1,046 kilometer dari kawasan mencari dan menyelamat (SAR) dan dijangka mengambil masa kira-kira 40 jam untuk sampai di kawasan yang dituju.

#MH370 - MISTERI KEHILANGAN YANG MENDEDAHKAN KELEMAHAN SATELIT


WASHINGTON – Kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) bukan sahaja menimbulkan misteri dalam sejarah penerbangan tetapi turut mendedahkan batasan dan kemampuan sistem satelit, lapor Washington Post kelmarin.

AUSTRALIA JOHAN HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2014, BENAM MALAYSIA 8-3

Australia Beat Malaysia 8-3 In Azlan Shah Cup Final

IPOH – Australia muncul juara kali kelapan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-23 selepas menumpaskan Malaysia 8-3 pada final di Stadium Azlan Shah di sini, malam ini.
Separuh Masa: Australia 3-1

Sunday, 23 March 2014

'WAKIL SUAMI' BERJAYA TEWASKAN CALON BN #PRKKAJANG


Kerusi Dun Kajang terus kekal milik PKR setelah calonnya, Datin Seri Wan Aizah Wan Ismail menang Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.

Keputusan PRK Dun Kajang diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Dun Kajang N25, Datuk Hassan Nawawi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi pada jam 9.12 minit malam dengan Wan Azizah meraih undi sebanyak  16,741 manakala Mei Fun sekadar mendapat 11,362 undi.