
BENARKAH HADI SAKIT TENAT..?
Isu Amanat Hadi terus menghantui PAS walaupun berbagai usaha menepis dan mengalihkan pandangan dilakukan mereka. Isu ini mungkin tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya, namun ia tidak bermakna yang ia telah tidak relevan lagi. Seperti yang didedahkan, amanat tersebut telah menyebabkan begitu banyak kesesatan dan perpecahan sehinggalah kepada kehilangan nyawa.
Berbagai cabaran dilakukan terhadap Hadi Awang untuk tampil menarik balik amanatnya tetapi sehingga kini beliau membisu seribu bahasa. Selain kenyataan Nik Aziz di Harakah yang cuba meyakinkan orang ramai bahawa Hadi Awang adalah orang yang berilmu dan tahu apa yang dilakukannya, hanya puak-puak pencacai bawahan sahaja yang meroyan di laman-laman sosial cuba membela amanat tersebut sebagai benar ataupun sebaliknya, basi.






