Wednesday 26 December 2012

GEMPAR !!! NGEH KOO HAM DAN KARPAL 'BERGADUH'....???


Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mempertahankan pingat gelaran “Datuk” yang dianugerahkan kepada dirinya oleh Sultan Perak pada tahu 2008 yang lalu.

Beliau menegaskan sebelum dirinya menerima pangkat “Datuk”, isu ini pernah diketengahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dimana majoriti berkata beliau “harus menerima anugerah itu”, tetapi Karpal menentang idea tersebut.

"Saya harap saudara Karpal Singh akan menerima keputusan majoriti CEC dan tidak menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan kepimpinan parti.“

Jika saudara Karpal Singh mahu bertegas dengan pandangannya, beliau seharusnya membawa isu ini kepada CEC,” kata Ngeh dalam kenyataannya hari ini.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mendakwa polisi parti pimpinannya itu menolak kesemua anugerah melibatkan Kerajaan melainkan atas dasar keberanian atau apabila sudah bersara dari politik.

Karpal berkata Ngeh dan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim gagal “menyerahkan” anugerah mereka walaupun diminta melakukan sedemikian.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mengambil contoh beberapa tokoh politik dari parti tersebut yang telah bersara dari politik seperti bekas Ahli Parlimen Bukit Mertajam Chian Heng Kai, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang Batu Lanchang mendiang Tan Loo Jit, dan bekas ADUN Pulau Pinang Berapit Wong Hang Yoke yang menerima pangkat “Datuk”.

Beliau juga menegaskan tindakan displin bakal diambil terhadap mana-mana ahli yang melanggar polisi parti. - KLPos

Anda baca juga artikel ini : KLIK SINI

No comments: