NORASHIKIN ONN
Memasang angan-angan untuk menceburi bidang pekerjaan kaum lelaki bukanlah satu perkara mustahil bagi insan bergelar wanita.
Ia terbukti apabila Kepten Norashikin
Onn secara rasmi telah mendapat lesen sebagai juruterbang sekaligus
menjadi juruterbang wanita pertama di Malaysia!
Juruterbang pengangkutan AirAsia ini
baru saja mendapat gelaran Anugerah Kesatria Puteri dari kerajaan
Malaysia sekitar bulan lalu.
“Saya sangat senang apabila kerajaan
memberikan banyak perhatian kepada pencapaian wanita,” jelas Norashikin
yang dipetik di The Star.
Selain itu, wanita berusia 44 tahun ini juga menjadi wanita pertama memegang gelaran Flight Commander di AirAsia.
Dengan gelaran itu dia juga yang
mencatatkan sejarah sebagai wanita pertama yang mengendalikan pesawat
berbadan lebar untuk penerbangan komersial di Malaysia.
“Tidak ada yang mustahil. Reach for the skies,” tuturnya.
Pencapaian Norashikin ini memberi mesej
kepada semua wanita di dunia yang mana apa yang diimpikan boleh diraih
dengan usaha dan jerih payah.
Tahniah diucapkan! Baca maklumat lebih lagi.... di sini
No comments:
Post a Comment