Wednesday 26 December 2012

PAS BENARKAN JUALAN TERBUKA ARAK DI SELANGOR...??


Jualan arak secara terbuka di pasaraya serbaneka di seluruh Selangor berpunca dari dari sikap PAS yang berdiam diri, kata bekas Setiusaha AMK PKR, SD Johari Yassin.
“PAS walaupun mendakwa sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tetapi gagal mengawal penjualan arak. Di Selangor, tiada apa yang boleh dibanggakan walaupun PAS sebahagian daripada pemerintahan Pakatan.
“Saya yakin rakyat dapat menilai betapa teruknya kegagalan PAS yang sepatutnya menjadi wakil suara pengundi Islam. sebaliknya tunduk sujud kepada penguasan DAP dalam menentukan apa sahaja yang perlu dilakukan walaupun bercanggah dengan Islam,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, bukan setakat penjualan arak secara terbuka, malah PAS turut mendiamkan diri dalam isu rumah urut, pelacuran, pusat-pust hiburan dan pusat judi mesin kuda yang semakin berleluasa di Selangor.
“Kewujudan PAS di Selangor hanya sebagi pelengkap kuasa DAP dan PAS terpaksa menjilat DAP demi semata-mata undi kaum Cina, di samping mahu menumpang kuasa.
“Jika tidak mampu mengawal perkara-perkara mungkar seperti ini, jauh dari mampu untuk melaksanakan hudud.
“Dalam kaca mata DAP, kewujudan PAS penting untuk memecahbelahkan umat Islam dengan fatwa-fatwa songsang ikut pertimbangan politik yang menguntungkan mereka,”katanya.
- AIDC News

No comments: